
Jika dulu sebut sahaja kedai kopi, pasti ramai membayangkan kedai yang penuh dengan pelanggan kebanyakan golongan lelaki warga emas.

Suasananya pula riuh rendah namun tidak pula rasa ia menyeksakan jiwa, ia iabarat suasana yang menjadi hiburan kepada pengunjung. Biarpun dipenuhi kepulan asap putih dari hembusan asap rokok, namun ia bukan sesuatu yang menjadi sesuatu masalah yang perlu dibincangkan ketika itu. Bukan sekarang tahap kesedaran mengenai bahaya asap rokok semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia.
Bangunannya pula sangat old school, meja dan kerusi lama membangkitkan satu aura hanya boleh didapati di kedai kopi. Itu pun mungkin di pekan cowboy atau pekan kecil.
Jika di kampung kedainya sedikit berbeza. Kadangkala struktur binaannya dari kayu-kayu lama dan tidak begitu kemas. Namun masih ada tarikan tersendiri. Kerusi dan mejanya pula dari papan dan kayu mungkin dipaku dan ditukang sendiri. Sangat rustik! Tidak perlu kemasan terbaik.
Kita juga pasti dapat membayangkan kedai kopi lama ini hanya menyediakan kopi ‘o’ di dalam cawan seramik beralas piring, lengkap dengan sarapan pagi seperti roti canai, nasi lemak dan sedikit kuih muih.
Dulunya kedai kopi juga boleh dikatakan tempat melepak penduduk kampung atau sekitar berjumpa dan bersembang.
Malah, kedai kopi menjadi tempat membincangkan mengenai isu serta parti politik.

Saya sendiri ketika bekerja sebagai wartawan dahulu, di bawa ke kedai kopi di Pekan Alor Setar untuk “bersembang” politik atau Press Conference. Sungguh suasana sangat menenangkan walaupun binaan menjengah usia puluhan tahun atau mungkin ratusan tahun. Saya suka!
Melihat saja cawan kopi bercorak berwarna hijau dan dilapik piring dari seramik itu membuatkan hati saya ingin segera menghirup kepekatan cecair bewarna hitam dan berbuih kecil itu. Arghhh sangat nostalgia.

Kedai kopi baru yang lebih urban, masih mempunyai tarikan “kedai kopi”dan menjadi tumpuan pelanggan.
Namun begitu, tahun berganti tahun kedai kopi pada masa kini lebih berwajah baru dengan struktur binaannya yang lebih urban. Kedai-kedai kopi lama juga telah diberi nafas baru yang lebih segar. Dekorasi dan susun aturnya juga ditambah dengan pokok-pokok hijau untuk menaikkan suasana tenang dan cozy.
Suasana yang dilimpahi cahaya neon berwarna kuning, bau kopi yang menggunakan mesin kopi bertekanan tinggi pasti mampu menarik sesiapa sahaja untuk masuk, duduk dan menikmati nikmat secawan kopi panas atau sejuk di meja. Kini, kenayakan kedai kopi baru tidak lagi dikendalikan golongan berusia sebaliknya ramai taukeh-taukeh muda yang mengambil alih industri ini.
Trend anak muda bekerjaya untuk menikmati kopi ketika sebelum memulakan rutin harian dan menjadi coffee hunter kini sangat popular!
Sebut saja di mana kedai kopi baru dibuka pasti diserbu golongan pelapis negara ini. Tidak cukup kedai kopi, gerai air juga kini turut menjual kopi “bungkus” atau “ikat tepi” mampu menarik tumpuan peminat minuman beraroma itu.

Kopi bungkus yang dipopularkan gerai air tepi jalan juga kini mendapat sambutan dari penggemar minuman beraroma itu.
Mungkin kerana usia begitu memang sukakan kopi? Atau sejak dari remaja sukakan kopi? Atau terpengaruh cerita-cerita dari luar yang gemar meminum kopi dan jadikan minuman energy booster setiap pagi sebelum memulakan tugas? Ada kajian (2012) golongan muda berusia 18-24 tahun cenderung mengambil kopi untuk merangsang tenaga berpanjangan. Namun di Malaysia masih tiada kajian penggunaan kopi dikalangan rakyat.
Malah, bagusnya trend minum kopi di kalangan rakyat terutama generasi muda ini membuka peluang munculnya perniagaan “baharu”. Walaupun harga kopi di kedai berkonsepkan hispter seperti ini sedikit mahal berbanding kedai kopi lama yang masih bersisa namun terus mendapat tempat di hati pelanggan. Mungkin hal ini disebabkan faktor penggunaan mesin-mesin mahal berbanding “kacau tangan” di kedai kopi lama.

Kedai kopi baru juga lebih banyak memilik kopi-kopi dari luar yang dicampur dengan bahan-bahan lain seperti susu, rempah dan sebagainya untuk menghasilkan rasa lebih enak dengan panggilan yang lebih “canggih”. Contohnya Latte, mocha dan sebagainya.
Saya juga tidak pasti dan tertanya-tanya adakah penggemar kopi di Malaysia terutamanya golongan muda pandai atau tahu rasa-rasa kopi yang berlainan? Atau sekadar mengikut trend?! Bagi saya lebih meminati kopi Americano ais. Ini adalah kopi hitam yang berasal dari Amerika. Atau kopi kampung yang dulunya banyak di tanam di kawasan Kedah. Bagaimanapun kini, kopi kampung yang diusahakan orang kampung juga terpaksa mengimport dari negara jiran seperti Indonesia.

Namun apa yang boleh saya katakan, industri kopi di Malaysia semakin rancak apabila banyak ladang-ladang kopi di usahakan kembali antara di Johor dan Selangor (Liberica), Kedah, Sabah dan Sarawak (Robusta). Sehingga muncul kopi Kedah (Nescafe’).
Kedai kopi lama dan baru pasti ada tarikan tersendiri. Paling pasti bancuhan kopi mengikut sukatan yang betul paling mendapat tempat di hati peminatnya!
Leave a comment