Tips Wanita Kekal Cantik Di Pejabat Walau Tanpa Make-up Selepas Solat

3–5 minutes

Sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan sering berada di pejabat, pasti penampilan perlu di jaga.

Bukan sahaja dari segi gaya pemakaian tetapi solekan di wajah juga perlu kemas dan ringkas supaya dapat menjalankan tugasan dengan selesa. Bekerja di dalam pejabat berhawa dingin dalam tempoh panjang antara lapan hingga sembilan jam lamanya pasti memberi kesan kepada kulit.

Semakin hari semakin kering, dan semakin bermasalh sekiranya tidak mengambil langkah untuk merawatnya dengan betul.

Kebanyakan rutin harian di pejabat juga termasuk menunaikan solat, sekurang-kurangnya dua kali ketika dalam tempoh bekerja.

Justeru, secara tidak langsung anda terpaksa memikirkan keperluan untuk menyucikan “diri” terutama bahagian wajah yang cantik ber touch-up ketika mahu melangkah ke pejabat setiap hari.

Ini antara yang perlu anda sediakan supaya wajah kekal berseri.

  • Oil cleansing
  • Tisu basah
  • Pencuci wajah
  • Pelembap
  • Lip balm

Oil cleansing

Oil cleansing sangat membantu untuk anda yang mahukan kulit bersih dan bebas jerawat. Oil cleasing digunakan untuk membersihkan wajah dengan lembut disamping menghilangkan kotoran, make-up dengan lebih berkesan.

Oil cleansing Hada Labo wajib anda cuba jika anda inginkan kulit bersih dan berseri

Klik sini untuk beli.

Hada Labo antara oil cleansing yang boleh anda cuba. Banyak manfat untuk kulit muka. Antaranya membantu menghilangkan parut, membuang minyak, menanggalkan kotoran dan makeup dengan lembut, dan memastikan kulit anda terus sihat serta bersinar.

Kebiasaannya di Watson Mall, Shopee anda boleh mendapatkan potongan harga lebih murah berbanding kedai fizikal.

Tisu basah khusus untuk wajah

A big NO! Jangan guna tisu basah bayi jika anda sayangkan kulit wajah. Gunakan lah tisu basah khusus untuk wajah mengikut jenis dan keperluan kulit.

Tisu basah berfungsi untuk menanggalkan makeup, dan minyak di wajah. Tisu wajah yang mempunyai bahan argan oil, tea tree dan sebagainya sangat bagus untuk kulit bagi anda yang bekerja dalam pejabat berhawa dingin.

Tisu basah dari Beauty Formulas antara pilihan tepat untuk anda mahukan memudarkan kulit berjeragat , menjadikan kulit semakin berseri, bersih dan kekal lembap sepanjang hari.

Terdapat pelbagai jenis pilihan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan kulit wajah anda. Tisu basah dari menggunakan bahan tea tree dan argan oil adalah pilihan saya!

Kebiasaannya Watson Mall, Shopee ada menjualnya dengan potongan harga lebih menarik berbanding di kedai fizikal.

Pencuci wajah

Maslah utama wanita yang bekerja di dalam pejabat berhawa dingin pasti gusar mengenai kulit berminyak atau kering.

Justeru, pencuci muka yang perlu disediakan di tempat kerja juga perlu betul dan mengikut kesesuain kulit anda.

Pilihlah pencuci muka yang boleh membekalkan kelembapan kepada kulit wajah dan dapat menanggalkan lebihan minyak pada muka.

Kandungan bahan dalam pencuci muka juga perlu diambil kira, pastikan menggunakan bahan organik dan bebas bahan-bahan radikal bebas.

Selain itu, jenis pencuci muka juga perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum menggunakannya di pejabat. Pilihlah jenis foam atau whip foam. Jenis ini dapat memberi kelembapan, melembutkan, dan memastikan kulit menjadi bersih tanpa cela.

Eversoft antara jenama pencuci wajah yang anda boleh cuba. Pelbagai pilihan pencuci muka boleh anda pilih mengikut keperluan kulit wajah anda. Mereka juga ada mengeluarkan pencuci terbaru dan sangat best untuk dicuba. Paling penting adalah organik! Eversoft whip terdapat tiga pilihan Aloe Vera, Avocado Honey dan Neem. Saya pilih Aloe Vera untuk kelembapan wajah berpanjangan ketika bearada di pejabat walaupun selepas mencuci wajah.

Pelembap wajah

Pelembap wajah dari jenama Nutox boleh elak kulit kusam dan kering.

Disebabkan selepas membersihkan wajah untuk menunaikan solat, jangan biarkan muka anda togel di pejabat. Walaupun anda segan untuk mencalit make-up semula tetapi pasti wajah sentiasa lembap untuk mengelakkan masalah kulit.

Anda boleh juga membawa “bekalan” pelembap wajah. Pilih yang bersesuaian mengikut keperluan kulit wajah anda. Sudah pasti pilihan yang tepat adalah yang memberi keyakinan dan keselesaan sepanjang hari ketika melakukan tugasan di pejabat.

Nutox antara jenama yang boleh anda cuba! Teksturnya yang ringan, tidak melekit dan cepat meresap pasti membuat anda teruja. Sapu-sapu jer! Tetapi hasilnya wajah anda kekal berseri sepanjang hari walaupun tanpa secalit make-up.

Lip balm

Lip balm Nivea merawat dan kekalkan kelembapan bibir

Malas calit lipstik sebab perlu buangnya semula untuk solat Asar? Jangan risau terus cantikkan bibir dan peliharanya dengan menggunakan lip balm. Lip balm berfungsi untuk memberi kelembapan, dan merawat kulit bibir.

Kulit bibir akan mudah merekah dan menjadi sakit apabila anda berada dalam tempat berhawa dingin. Jika dibiarkan luka tersebut akan meninggalkan parut dibibir. Bukan mudah untuk hilangkannya.

Jadi jom kita jaga bibir dengan memilih lip balm bersesuaian. Jenama Nivea antara yang anda boleh cuba. Banyak pilihan dan kandungan bahan memberi manfaat kepada bibir boleh dipilih. Harga juga berpatutan. Saya suka strawberry kerana baunya yang manis!

Kulit wajah yang sentiasa bersih dan berseri akan membangkitkan mood untuk terus bekerja walaupun tanpa secali make-up. Jadi jangan malas-malas untuk sediakan rejim memberihkan wajah ketika berada di pejabat!

Leave a comment