Tips elak ‘sakit kepala’ ketika bercuti bersama anak kecil

4–5 minutes

Khusus untuk beginner ya!

Pengembaraan bermula!

Bagi orang yang bekeluarga, pasti menjadi impian membawa ahli keluarga bercuti bersama-sama sesekali meluangkan masa di tempat orang.

Anda juga pasti menginginkan yang terbaik dan dapat merakam momen-momen indah bersama tersayang.

Namun begitu, sekiranya anda mengabaikan langkah awal sebelum memulakan perjalanan, momen indah yang diimpikan mungkin menjadi kenangan pahit pula!

Persediaan, planning dan persiapan awal penting sekiranya anda mempunyai anak yang masih kecil. Berbeza sekiranya bercuti bersama keluarga yang anak-anak sudah bersekolah dan pandai menguruskan diri.

Jangan biarkan impian anda itu tenggelam ke “laut dalam” ketika bercuti, keseronokan yang diharapkan tetapi sebaliknya pula berlaku.

Jom lihat apa keperluan untuk anda memastikan percutian keluarga berada dalam keadaan selesa tanpa sakit kepala.

Tips

  • Pilih tarikh
  • Selenggara kenderaan
  • Sediakan pakaian sesuai
  • First aid
  • Bantal/selimut lebih
  • Makanan kudapan

Pilih tarikh yang betul

Berbincanglah dan buat pilihan yang paling tepat!

Memang seronok apabila dapat meluangkan dan menghabiskan cuti bersama keluarga. Namun, pemilihan tarikh yang betul seidkit sebanyak dapat mengelakkan ‘sakit kepala’ anda ketika bercuti bersama anak kecil.

Jika boleh anda elakkan bercuti pada hari minggu sepenuhnya. Cadangan saya, anda boleh memilih dua hari weekdays dan dua hari pada weekend.

Namun jika anda mahu bercuti lebih lama, pastikan anda membuat perancangan untuk melawat dan berkunjung di kawasan tumpuan pelancong dengan betul. Perlu pastikan masa dan hari yang tidak begitu ramai orang bagi mengelakkan anak kecil anda tidak selesa.

Selenggara kenderaan

Pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan diselenggara.

Jangan biarkan masalah timbul dalam perjalanan disebabkan kenderaan yang tidak diselenggara. Pastikan minyak enjin di servis pada masa yang ditetapkan, pastikan air dalam tangki juga mencukupi. Jika anda tidak pasti boleh dapatkan khidmat dan nasihat daripada bengkel berdekatan. Jangan biarkan kenderaan anda dibelnggu misteri.

Jika anda memilih untuk menyewa kenderaan, pastikan kenderaan tersebut berada dalam keadaan terbaik. Bertanyalah dengan pemilik kenderaan sewa tersebut. P

Selain itu, pastikan anda merancang dan menyusun atur keperluan anak kecil anda seperti car seat diletakkan di tempat paling sesuai.

Saya baharu saja cuba meletakkan car seat di tempat duduk belakang, dan nampa perubahan pada anak yang berusia 1 tahun 6 bulan. Dia lebih ceria dan seronok menghayati pemandangan sepanjang perjalanan berbanding sebelum ini car seat diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

Sediakan pakaian sesuai dan cepat kering

Pilih pakaian yang cepat kering dan minimakannya.

Jika bercuti mesti anda mahukan seminimum mungkin pakaian dan bagasi yang perlu di bawa. Jadi untuk pemilihan pakaian anda perlu pastikan pakain yang sesuai di pakain pada bila-bila masa dan selesa.

Palin bagus jika anda dapat sediakan pakaian yang cepat kering, dan ringan. Sungguhpun begitu, tidak salah untuk anda bawa sehelai baju panas untuk kegunaan anak kecil anda ketika tidur di waktu malam. Ini dapat membantu anak anda tidur dengan lena di dalam bilik hotel berhawa dingin.

Sediakan juga tuala sendiri, walaupun di hotel penginapan menyediakannya. Ini antara ramai kaki travel sarankan bagi mengelakkan ketidakpastian mengenai tahap kebersihan tuala di hotel.

Jangan lupa juga untuk sediakan satu beg galas untuk mengisi keperluan anak kecil seperti lampin pakai buang, tuala kecil, baju dan seluar ketika anda memulakan pengembaraan ke destinasi yang dirancang.

First Aid

Pastikan anda tidak lupa bawa ubat-ubatan dan minyak angin untuk pertolongan kecemasan.

Mungkin kotak kecemasan ini ramai yang mengambil mudah atau terlupa. Ubat-ubatan seperti panadol, ubat sapu luka, minyak angin dan sebagai wajib disediakan serta dimasukkan ke dalam list barang perlu di bawa ketika bercuti.

Anak kecil kebiasaannya mudah menghidap flu kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Ya lah sekejap dalam kenderaan berhawa dingin, sekejap terkena panas tambahan pula ketika bercuti pasti anda suka mencuba pelbagai jenis makanan.

Ini akan meningkatkan lagi risiko anak kecil anda mungkin akan menghidap flu, kembung perut dan lain-lain. Jadi anda sebagai ibu bapa perlu bersiap sedia kekuatan fizikal dan mental!

Kalau saya akan memilih untuk bertenang dan cuba memaksimakan percutian tersebut jika menghadapi masalah itu. Lepak bilik hotel pun heaven!

Bawa bantal dan selimut

Bawa bantal lebih untuk keselesaan ketika menginap di hotel

Ha…bawa bantal kusyen yang kebiasaannya diletakkan pada sofa sudah memadai. Biasalah bilik hotel hanya menyediakan bantal 1-2 mengikut katil dan pakej.

Kalau bawa bantal kecil ini, anak kecil akan lebih selesa untuk tidur. Malah di dalam kenderaan juga boleh digunakan untuk dijadikan “penenang” anak kecil yang terpaksa duduk di car seat.

Sediakan kudapan

Sediakan bekalan untuk di kunyah di dalam kenderaan ketika dalam perjalanan ke destinasi.

Bercuti bersama anak kecil pasti mereka sering kelaparan. Jangan biarkan anak anda berada dalam situasi ini sepanjang perjalanan yang akan turut mempengaruhi emosi anda. Sediakanlah kudapan yang sesuai untuk anda sekeluarga yang boleh bersama menikmatinya di dalam kenderaan ketika menuju ke destinasi percutian anda.

Anda boleh bangun awal sediakan sandwich, spagetti goreng, kuih-muih dan bakalan air minuman. Jika mahu elakkan anak-anak mengunah jajan, anda boleh memilih kerepek dan buah-buahan potong.

Super jimat, enak dan sihat!

Oh ya jangan lupa sediakan air minuman lebih untuk di minum dan untuk kegunaan dalam keadaan terdesak! Contohnya ingin mencuci muka, tangan, dan sebagainya.

Jika anda berjaya membuat persediaan ini dengan sempurna, nikmati sajalah cuti anda bersama keluarga walaupun apa pun keadaan yang terjadi.

Itu semua juga sesuatu yang akan dikenang bersama!

Leave a comment