Cara Tarik Leads Dengan Copywriting “Menjadi”

3–4 minutes

Setiap bisnes yang menjual produk atau servis mesti meng-update penulisan copy setiap hari di page media sosial.

Copy yang dihasilkan boleh jadi soft selling, direct selling, atau story telling.

Namun bukan mudah untuk pastikan copy yang dihasilkan setiap hari mampu menarik leads setiap hari, walaupun dengan bantuan tool iklan yang ada seperti FB Ads, Ig Ads dan sebagainya.

Bagi memastikan copy yang dihasilkan menjadi dan berkesan, banyak aspek yang perlu difikirkan. Banyak perkara yang perlu dirangka sebelum memulakan penulisan copy.

Info :

  • Produk
  • Prospek
  • Kempen

Analisa produk

Dalam penulisan copy berkesan, aspek pertama yang perlu penulis atau pemilik bisnes perlu titikberatkan adalah mengenai produk atau servis perniagaan yang dijalankan.

Produk atau servis perlu di analisa untuk mendapatkan nilai dan x factor yang membuatkannya unik, kelebihan, kelemahan, dan sebagainya.

Jangan hairan jika kita melihat ada iklan atau copy yang menggunakan kelemahan produk untuk tarik prospek.

Tokoh pengiklanan David Olgidly sendiri pun pernah “berterus terang” tentang “kelemahan” produk pelanggannya, namun iklan tersebut masih berhasil dan sangat berkesan.

Namun, untuk menjadikan “bad” ini nampak lebih telus perlu ada kemahiran berfikir dan tahap kreatif yang tinggi, supaya ia tidak menjadi penghinaan dalam pembujukan.

Contohnya di Malaysia, perunding kewangan atau konsultan insuran banyak menggunakan elemen “berterus terang” dalam memainkan emosi prospek.

Tapi apakah kesannya pada prospek? Isu ini pernah hangat diperkatakan netizen, di mana copy seperti seperti terdesak, memasak dan seolah menghina mereka.

Jadi di mana silapnya? Penulisan copy perlu ada elemen pembujukan dan paling berkesan sekiranya penulis tahu meletakkan perkataan kepada tempatnya.

Penulis copy bukan semberono!

Bagi meletakkan perkataan-perkataan yang sesuai pada tempat yang sesuai ini bukan mudah “easy peasy”. Ia perlukan kemahiran menulis, berfikir, kreatif dan inovatif, kerana jika tersilap langkap buruk kesannya. Walaupun “bad nesw is good news” sering dilaungkan di zaman teknologi digital ini, namun adakah kita bersedia untuk menghadapi kesannya buruknya?

Tepuklah dada, tanyalah selera sejauh mana kita kebal dengan kritikan netizen di Malaysia. Sedangkan banyak negara luar yang diserang warga net dari Malaysia telah alami “depresi” atau “koyak”.

Kenali prospek/pelanggan

Selepas kita berjaya analisa produk atau servis bisnes, langkah kedua adalah kenali pelanggan. Pelanggan ini yang akan memberi wang dan keuntungan kepada perniagaan kita.

Tentukan siapa pelanggan kita dengan menentukan umur, latar bekalang pekerjaan, kawasan penempatan, jantina, dan sebagainya.

Namun kita perlu rujuk kembali kepada hasil analisa produk atau servis perniagaan yang dijalankan. Ia lebih sesuai untuk siapa? Jika kita sudah ada pelanggan tetap, mungkin masa untuk mencari pelanggan baru.

Prospek organik atau berkualiti ini juga boleh dicari melalui beberapa kaedah.

Kaedah A/B

Kaedah ini adalah paling kurang risiko dan elakkan pembaziran sekiranya kita menggunakan khidmat pengiklanan berbayar. Kaedah ini adalah seperti eksperimen. Tentukan dua sasaran audiens dan lancarkan kempen.

Nyatakan berapa tempoh setiap kempen untuk kita pastikan copy paling berkesan. Dari kempen kita dapat data-data yang boleh digunakan dalam copy-copy dan sasaran lebih tepat “mengena”.

Kaedah Bersasar

Kaedah bersasar ini menjadi satu kaedah pilihan kepada pemilik perniagaan. Kaedah ini akan memberi fokus secara terus kepada prospek yang bersesuain dengan produk atau servis perniagaan kita. Prospek bersasar ini kebiasaannya ia akan wujud bersekali ketika perniagaan mahu dibuka.

Kebiasaannya pemilik sudah mempunyai strategi dan plan yang lengkap untuk perniagaannya. Ini adalah yang terbaik. Kita tahu apa yang kita mahu! Mudah untuk kita menulis copy…copy akan menjadi lebih “hidup”, lebih dekat, lebih sampai, lebih menjadi dan berkesan untuk menarik prospek.

Pilih kempen yang betul

Pemilihan kempen juga akan mempengaruhi penulisan copy. Tentukan kempen kita. Dimana kita mahu ia disiarkan sama ada Facebook, Instagram, YouTube, Landingpage atau sebagainya.

Kempen dan platform ini mempengaruhi cara kita membina copy yang berkesan dan “mantul”. Penulisan copy di setiap platform pengiklanan mempunyai perbezaan style dan nilai tersendiri.

Penulisan copy di Facebook tidak sama stylenya di landingpage.

Copy di Facebook atau di Fb Ads lebih bertujuan untuk menarik leads, berbanding copy di landingpage lebih bersifat awareness.

Ini yang dikatakan copy akan terbina selepas merujuk platform dan kempen yang akan dijalankan. Copywriting juga lebih “menjadi-jadi” dan berkesan.

Pesanan : Bagi seorang usahawan yang ingin berjaya perlulah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pemasaran. Namun jika terdapat kekangan masa, anda disarankan menggunakan khidmat copywriter/content writer. Jika tidak mampu mengupah syarikat iklan carilah freelance.

Untuk pertanyaan lanjut anda boleh juga boleh mengisi maklumat di bawah:

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning
Warning
Warning.

Leave a comment