
Tidak mudah bagi seorang suri rumah yang bekerja membahagikan masa antara menguruskan anak-anak dan menyiapkan kerja.
Saya seorang freelance mengambil upah menulis, copywriter dan membina website landingpage dan blog, melakukan kerja sambil menguruskan anak-anak adalah cabaran paling besar dalam kehidupan saya ketika ini.
Mana tidaknya, tenaga, mental, emosi, dan fizikal perlu diuruskan dengan betul. Jika tidak diuruskan dengan betul pasti akan menjejaskan keharmonian dalam keluarga.

Saya sendiri akui, kadangkala untuk memastikan keadaan mental dan fizikal berada dalam kedaaan baik dalam membahagikan masa antara dua kerja setiap hari sebagai suri rumah dan membuat kerja freelance adalah sukar.
Namun saya tidak mahu suasana dan keadaan ini berterusan sehingga menjejaskan keharmonian hubungan keluarga sama ada dengan suami atau anak-anak.
Jadi kali ini saya akan berkongsi tip bagaimana caranya bekerja dan menguruskan anak-anak dengan bekersan mungkin boleh membantu anda yang menghadapi situasi sama di rumah.
1.Bangun awal di permulaan hari
Bagi surirumah yang bekerja, pengurusan masa sangat penting. Bermulalah dengan bangun awal pagi sekitar jam 6 pagi. Bersihkan diri, tunaika solat dan luangkan masa bersama sang pencipta dengan bacaan zikrullah dan bertadarus al-Quran.
Kemudian, luangkan sedikit masa melihat jadual kerja, kemaskini kerja seperti posting FB dan sebagainya sebelum menyediakan sarapan pagi kepada ahli keluarga.

2.Sediakan buku nota
Saya sentiasakan sediakan buku nota di mana saja saya berada, bersama anak-anak diruang tamu, jika di bilik tidur saya akan mencatat idea yang muncul di dalam notepad smartphone.
Ini cara paling tidak merugikan, disebabkan sebagai suri rumah yang bekerja saya tidak boleh menghadap komputer riba 24 jam sehari.

3. Plan lah jadual kerja
Jadual kerja perlu juga dirancang walaupun akan sentiasa berubah-rubah setiap hari mengikut kesesuaian keadaan semasa. Bagaimanapun, dengan adanya plan harian begini, hari kerja saya akan menjadi lebih lancar.

4. Makan tepat pada waktu
Jika mahu badan sentiasa bertenaga, makanlah tepat pada waktunya jangan skip. Saya sentiasa mulakan hari dengan secawan milo panas dan roti bakar. Saya akan makan sebanyak tiga hingga lima kali sehari, dalam kuantiti sederhana untuk mengekalkan tenaga dan kecedersana otak ketika melakukan kerja freelance.

Ini antara yang saya sendiri lakukan untuk memastikan hari-hari lebih bermanfaat dan tidak terbeban dengan dua tugasan yang perlu dipenuhi.
Meskipun begitu, saya sering luangkan masa bersendiriam di awal pagi di mana saya akan bangun sekitar jam 5 pagi untuk menelaah bahan bacaan dan mengumpul idea untuk menyiaokan kerja pada waktu terluang pada hari tersebut.
Jangan lupa untuk tidur seawal mungkin, kerana tidur awal membantu untuk menjadikan hari anda lebih produktif kepada keesokannya.
Namun, bagi saya cara menguruskan masa sebagai suri rumah dan bekerja bergantung juga kepada kesesuaian individu tersebut.
Leave a comment