
Oh betul ke?
Boleh jadi juga, tapi tidak mudah tidak juga mustahil yang penting usaha.
Saya sendiri bulan pertama menjadi penulis atau ghostwriter hampir RM1,000 pendapatan hasil penulisan copywriting dan artikel ilmiah.
Terkejut juga ada sambutan dalam bidang ini.
Tambahan pula saya juga menjadi publisher untuk program affiliate.
Program affiliate yang saya daftar antaranya ialah:
- Involve Asia…(daftar sini)
- Accesstrade…(daftar sini)
Freelancer ini ada dua kategori, satunya secara full-time atau pun part time.
Full-time ini didefinisikan individu yang bekerja dalam tempoh 8 jam sehari. Jadi bagi saya sendiri susah juga mahu tentukan sama ada saya full-time practitioner atau pun part time.
Saya lebih banyak bergantung kepada situasi, sekiranya ada job yang memerlukan penumpuan mungkin saya bekerja sekitar 8 jam sehari. Masa adalah fleksibel, saya akan tentukan sendiri, memandangkan saya juga perlu menjaga dua orang anak berusia hampir dua tahun dan empat tahun.
Bagi mereka yang memilih Freelancer sebagai kerjaya, ia juga dikenali sebagai solo pro.
Solo pro atau solo profesion ini juga seperti bisnes lain yang ada model bisnesnya tersendiri ataupun sama sahaja dengan model bisnes lain.
Terdapat 5 model bisnes yang boleh dipilih mengikut kesesuaian solo pro.
- Sole proprietorship
- Limited liability company
- Partnership
- Corporation
- S corporation
Bagi saya, mungkin permulaan ini lebih sesuai dengan model sole proprietorship. Model yang mempunyai struktur lebih ringkas dan hampir tidak perlukan legal protection seperti model-model lain. Sesuai untuk yang tidak bercadang mempunyai pekerja lain.
Berbalik kepada pendapatan freelancer, apa yang saya boleh katakan ia bergantung kepada usaha dan rezeki masing-masing.
Usaha ini perlukan skill atau kemahiran atau teknik yang sesuai untuk membuat pendapatan.
Antaranya menyediakan material pemasaran/marketing seperti juga bisnes lain.
Contohnya copywriting, emel, WhatsApp blast, newsletter dan sebagainya.
Bagaimanapun bagi yang baru memulakan bidang ini, bermula dengan orang terdekat adalah paling bagus. Seperti kawan, keluarga, guru sekolah atau sesiapa yang mengenali anda.
Caranya dengan menggunakan tool secara efektik. Tool yang paling mudah dan zero kos adalah media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.
Jangan takut untuk promosikan diri kepada kenalan dan orang terdekat anda, perkenalkan pekerjaan baru yang anda mula ceburi itu
Selain itu, sebagai seorang freelancer kaedah pitching prospek melalui emel dan sebagainya adalah cara paling berkesan untuk mula jana pendapatan.
Sebagai penulis atau copywriter atau ghostwriter, saya akan membuat pencarian syarikat-syarikat yang berpontensi sebagai prospek.
Saya akan menulis emel atau menghantar WhatsApp memperkenalkan diri dan memberitahu servis yang saya tawarkan.
Jika 10 syarikat anda menghantar emel, mungkin semua tidak membalas atau hanya satu sahaja menjawab emel anda, tapi jangan bimbang.
Anda boleh mencuba prospek yang betul-betul memerlukan servis yang anda tawarkan. Jangan berputus asa.
Ini adalah kaedah yang wajar seorang solo pro cuba, kerana ia melibatkan kos yang rendah dan hampir tidak dikenakan kos.
Leave a comment