Cara Mencari Idea Bina Copywriting Memikat!

2–3 minutes

Pasti ramai yang rasa susah bina copywriting untuk produk, servis ataupun bisnes sendiri.

Saya sendiri juga kadangkala mengalami keadaan “sukar” ini terutama ketika mahu menulis untuk bisnes servis ghostwriter sendiri.

Puas juga mengetuk kepala, memerah otak dan bercawan-cawan kopi habis diminum. Itu sebelum penulis baru bereksperimen dan berjinak menjadi copywriter.

Kini saya lebih fokus, dan hasil pendapatan juga dari copywriter yang banyak menghasilkan copywriting mencari X Factor produk/servis mahupun bisnes pelanggan, tagline, content di website dan menulis artikel ilmiah.

Bagi saya, ukuran kepada tahap kepakaran copywriter adalah berdasarkan pengalaman, skill dan idea kreatif yang boleh dilihat melalui hasil penulisannya.

Untuk menghasilkan copywriting yang menarik, saya sebagai copywriter akan membuat beberapa perkara untuk mencari nilai atau “X Factor”.

Langkah pertama saya akan membuat sedikit research mengenai produk, servis atau perniagaan pelanggan.

Kebiasaannya saya akan meminta link berkaitan untuk memudahkan proses membuat kajian seperti Fb Page, poster produk, atau pun website.

Kita akan mencari nilai yang baru pada produk/servis pelanggan yang belum digunakan untuk dalam mana-mana copywriting mereka.

Namun ia bergantung jenis produk/servis dan kempen yang pelanggan mahukan.

Contohnya ada pelanggan saya yang mahu jalankan kempen jualan murah atau diskaun jadi style penulisan juga akan berubah.

Saya tidak akan memberi penekanan kepada nilai baru sebaliknya menyedia “umpan” dalam bentuk urgency copywriting.

Langkah kedua, apa yang saya sering lakukan adalah mengkaji pesaing. Saya akan mencari pesaing dalam niche yang sama. Dari situ saya akan inovasikan idea mereka atau temui idea baru copywriting produk atau servis untuk pelanggan.

Langkah ketiga, meminta testimoni atau komen pelanggan. Idea menulis copywriting melalui testimoni pelanggan adalah antara rahsia paling berkesan mendapatkan lead untuk pelanggan. Di sini, ciri unik perlu dimasukkan dalam copywriting.

Langkah keempat, adalah menggunakan ayat-ayat atau perkataan yang betul, saya akan melihat trend semasa atau ada perkataan yang sedang viral ikut kesesuaian copywriting tersebut.

Menggunakan perkataan viral ini juga boleh dijadikan sebagai SEO.

Langkah kelima, perlu kenalpasti target audien. Lagi spesifik target audien lagi berkesan. Selalunya penulis copywriting akan melihat latar demografi audien yang bersesuaian, selain tempat tinggal, pekerjaan dan sebagainya.

Perlu diingat juga ya! Copywriting yang dibina juga haruslah tidak melanggar peraturan media sosial contohnya Facebook. Ini penting untuk elakkan daripada akaun dihalang dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk mencari idea menulis copywriting. Bergantung juga kepada jenis copywriting yang ingin dihasilkan.

Bagaimanapun kesimpulannya, untuk menghasilkan copywriting yang berkesan anda perlu lah mengenali, dan mencari nilai produk/servis atau bisnes anda. Jika anda tahu nilai X Factor itu, copywriting akan menjadi lebih berharga dan berkesan menarik lead.

Leave a comment