Rempah Perapan Segera By Daramed Legacy

Menjadi emak-emak yang sebahagian masanya terpaksa dibahagikan untuk bersama mencari rezeki membuatkan golongan ini sangat sibuk setiap hari.
Ingin membantu suri rumah bekerjaya meringankan beban dan menambah masa untuk “relax”, Daramed Legacy telah mengambil inisiatif menformulasikan rempah perapan segera bagi membantu emak-emak ketika di dapur.
Rempah perapan dirumus khusus untuk mempercepatkan masa memasak, dengan tiga langkah sahaja iaitu :
Tuang, Gaul dan Perap
Rempah perapan segera keluaran Daramed Legacy ini dibuat dari rumah dengan penuh kasih sayang, menggunakan bahan berkualiti dan kebersihan dijaga telah terjual lebih 100, 000 pek di seluruh negara.
Terdapat dalam pelbagai variasi yang akan membuatkan emak-emak tersenyum sendiri di dapur setiap hari kerana tidak perlu bersusah payah menyediakan bahan perapan dan kelam kabut ke pasar pagi mencari ramuan untuk membakar ayam hari ini.
- Perapan Ayam Madu – (boleh beli di sini)
- Perapan Ayam Black Pepper – (boleh beli di sini)
- Perapan Mamak Style – (boleh beli di sini)
- Perapan Masak Hitam – (boleh beli di sini)
Formula rempah yang diakui sedap dan paling best ini boleh digunakan bukan sahaja untuk ayam tetapi semua jenis makanan laut seperti sotong, kerang, udang dan sebagainya selain daging, kambing, puyuh, atau itik.
Seronok sangat bila anak-anak mintak nak makan ayam bakar saja, tak susah dah sekarang, guna ja rempah perapan ayam black pepper. Jimat pun jimat, sedap pulak. Puas hati!

Leave a comment