Berapa Hari 8 Perdana Menteri Bergelar Perdana Menteri Malaysia

5–8 minutes
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah memegang tampuk pemerintah selama 4,767 hari iaitu bermula pada 1957 sehingga 1970. Beliau adalah anak jati Kedah yang dilahirkan di Tia Tangga, Alor Setar. Mengikut catatan sejarah, Tunku yang juga pegawai Daerah Langkawi ketika itu menjadi orang terawal yang memajukan pulau itu dengan membina sebuah jeti iaitu di Kuah dan membuka jalan-jalan tanah untuk kemudahan penduduk berhubung dengan menggunakan dana sendiri dan penduduk di situ setelah permohonan untuk mendapatkan dana daripada kerajaan ketika itu ditolak. Bersesuaian dengan gelaran ‘Bapa Kemerdekaan’, Tunku telah bertungkus lumus untuk memastikan Tanah Melayu ketika mengecapi kemerdekaan. Tunku juga terlibat dalam Rundingan Meja Bulat untuk menuntut kemerdekaan.Rundingan Baling 1955 dengan Parti Komunis Malaya untuk menangani darurat telah dilakukan Tunku ABdul Rahman, namun disebabkan PKM tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan, rundingan tersebut gagal.

Usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu telah dilakukan, termasuk mengadakan rundingan sulong di London pada tahun 1954 namun tidak berjaya. Selepas pilihan raya pada tahun berikutnya 1955, Tunku dipilih menjadi Ketua Menteri Malaya dibawah Parti Perikatan yang turut disertai MCA dan MIC. Sejurus itu, pada tahun 1955, Tunku seklai lagi pergi ke London untuk berunding mengenai kemerdekaan Malaya dan akhirnya kemerdekaan milih Malaya dan 31 Ogos 1957 telah diputuskan tarikh keramat iaitu Hari Kemerdekaan. Selepas perletakannya jawatannya pada 22 September 1970, Tunku diganti pemimpin dari Pekan, Pahang.

Tun Abdul Razak

Tun Abdul Razak Hussein yang dilantik sebagai Perdana Menteri kedua pada 1970 hingga 1976 iaitu 1,939 hari. Beliau juga dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan’ apabila berjaya memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi mengatasi masalah ekonomi dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia ketika itu. Selepas kemerdekaan Malaya, Malaysia terdiri daripada kepelbagaian kaum dan tiga kaum utama di negara iaitu Melayu, Cina dan India. Penempatan kaum yang dilakukan penjajah British dengan meletakkan kaum Melayu di kampung-kampung dan melakukan kerja bertani, kaum Cina diletakkan di pekan-pekan yang melakukan kerja perdagangan dan kaum India di letakkan di ladang-ladang estet. Hal ini telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum. Tun Abdul Razak juga adalah pengasas kepada Barisan Nasional yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973 bagi menggantikan Parti Perikatan.

Tun Hussein

Perdana Menteri ke-tiga ialah Tun Hussein Onn telah berjaya mengekalkan pemerintahannya selama 2,007 hari iaitu dari tahun 1976 hingga 1981. Beliau dilahirkan di Johor Bahru anak kepada Dato’ Onn Jaafar iait pengasas Umno. Tun Hussein banyak terlibat dengan ketenteraan termasuk pada tahun 1942 beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Iran, Syria, Palestin, serta Iraq, dan beliau bersara dalam ketenteraan dengan pangkat kapten pada tahun. Sebagai seorang Perdana Menteri, Tun Hussien sangat arif dalam hal ehwal keselamatan. Belia menekankan isu-isu keselamatan termasuk mewujudkan rukun tetangga, memerangi dadah dan memperlengkapkan aset ketenteraan dengan alatan moden kerana ketika itu dunia gempar dengan kejatuhan pentadbiran Vietnam Selatan ke tangan komunis sekaligus terbina ‘Teori Domino’ komunis. Teori Domino adalah teori politik yang dicipta komunis untuk membenarkan berlakunya penerimaan negara jiran atau rantaunya menerima ideologi komunisme sekaligus membenarkan campur tangan politik berlaku terhadap negara tersebut. Teori ini turt digunakan Amerika Syarikat ketika berlakunya perang dingin.

Tun Hussien juga dilaporkan pemimpin paling jujur dan merendah diri sehingga digelarkan sebagai ‘Bapa Perpaduan’. Dalam catatan sejarah negara beliau juga sering digelar sebagai ‘Penyambung Warisan Terbilang’.

Tun Dr Mahathir

Seterusnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri ke-empat Malaysia dan paling lama memegang tampuk pemerintahan negara ketika itu. Beliau mentadbir negara selama 8,136 hari bermula pada 1981 sehingga 2003 iaitu selama 22 tahun. Beliau juga anak jati Kedah dan dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar. Beliau dikenali dengan gelaran ‘Bapa Pemodenan’. Beliau adalah pemimpin tersohor di dunia dan dikenali dengan sikap lantang bersuara dan ketegasannya membuat keputusan. Namun, nama tokoh ini terus meniti dibibir masyarakat Malaysia dan dunia apabila, beliau berjaya membawa keluar Malaysia dari ‘Krisis Kewangan Asia 1977’ tanpa membuat pinjaman daripada Bank Dunia (IMF) untuk selesaikan kemelut tersebut di negara ini. Malah beliau juga pernah dilabelkan pemerintah autokratik apabila mempertahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh pengkritik antarabangsa yang terdiri daripada badan dan media antarabangsa. Tun Dr Mahathir juga sangat aktif dalam penulisan di blognya yang diberi nama Che Det.

Tun Abdullah

Tun Abdullah Ahmad Badawi diangkat menjadi Perdana Menteri ke-lima pada 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. Beliau telah berkhidmat selama 1,979 hari. Tun Abdullah dikenali sebagai dengan pembawa teori ‘Islam Hadhari’ atau Islam Yang Bertamadun selari dengan perkembangan ekonomi dan teknologi. Beliau juga mementingkan modal insan dan percaya perkara itu adalah aspek penting untuk memacu negara ke hadapan. Pada era pemerintahannya juga, beliau sangat serius dalam membanteras rasuah, dan menumpukan kepada sektor pertanian Malaysia. Beliau adalah anak jati Pulau Pinang dilahirkan di Kampung Perlis, Bayan Lepas. Beliau aktif dalam berkarya dan menulis puisi antara yang popular ialah ‘Ku Cari Damai Abadi’. Tindakan bersahaja beliau dalam memberi kenyataan menafikan pembubaran Parlimen akan berlaku pada 13 Mei 2008 pada 12 Mei 2008 mencetuskan sedikit komtroversi sehingga dilabel penipu oleh blok pembangkang. Pertanyaan wartawan juga dijawab dengan bersahaja mengenai pembubaran Parlimen itu dengan menyatakan beliau tidak boleh memberi sebarang barangan mengenai pembubaran Parlimen.

Datuk Seri Najib

Perdana Menteri ke-enam ialah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau menjawat jawatan nombor satu negara itu dari 3 April 2009 sehingga 9 Mei 2018 iaitu selama 3,321 hari. Datuk Seri Najib dilahirkan di Pekan, Pahang dan juga anak sulong kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-dua Tun Abdul Razak. Ketika zaman pemerintahannya, perkataan GST sangat popular dibibir rakyat. Hal ini kerana beliau telah memperkenalkan cukai GST menggantikan SST sehingga mendapat tentangan rakyat dan pemimpin pembangkang. Malah, ketika pemerintahannya juga sayur ‘kangkung’ menjadi hangat di alam maya ekoran kenyataannya mengenai harga kangkung itu. Pada pemerintahan beliau, banyak perubahan dilakukan termasuk memperkenalkan ‘Gagasan 1 Malaysia’ dan mewujudkan 17 inisiatif di bawah gagasan 1 Malaysia. Antaranya Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), Klinik 1 Malaysia, Menu Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya. Banyak transformasi yang dilakukan Datuk Seri Najib ketika zaman pemerintahannya.

Tun Dr Mahathir

Namun tanggal 10 Mei 2018, berlaku lagi satu detik sejarah negara apabila Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sekali lagi memacu negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-tujuh pada usia 92 tahun. Malah beliau menjadi Perdana Menteri tertua di dunia. Lantikan beliau kali kedua adalah atas tiket perikatan Pakatan Harapan. Dalam garis masa 100 hari pertama pemerintahan, Tun Dr Mahathir berjaya mendapatkan pengampunan penuh daripada YDPA untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tahanan penjara pada 16 Mei 2018. Ketika pentadbirannya, dakwaan berlaku penyelewengan projek 1MDB yang turut dikaitkan dengan nama Datuk Seri Najib ketika itu turut didedahkan. Slogan Gagasan 1 Malaysia turut diarahkan penghentian penggunaannya, dan GST turut dimansuhkan. Sepanjang tempoh pemerintahannya yang bertahan selama 655 hari itu juga turut berlaku pelbagai kemelut politik dari dalam Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional. Tragedi ‘Langkah Sheraton’ yang berlaku menyebabkan Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020 dan mengumukan perletakkannya jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekaligus mengumumkan parti tersebut keluar dari Pakatan Harapan.

Tan Sri Mahiaddin

Selepas berlakunya perletakan jawatan yang tidak disangka oleh Tun Dr Mahathir, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah dilantik menjadi Perdana Menteri ke-lapan pada 29 Februari 2020. Beliau sinonim dengan jolokan ‘Abah’ di kalangan rakyat. Tan Sri Mahiaddin telah melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin utama negara selama 532 hari. Beliau berasal dari Badar Maharani, Muar, Johor. Ketika pemerintahannya, negara juga menghadapi masalah pandemik Covid19 yang bermula pada 25 Januari 2020 dan mula merebak menjadi kluster tempatan dengan lebih luas di kalangan rakyat pada Mac 2020. Beliau telah mengambil langkah untuk mengawal dan mencegah wabak ini dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) di seluruh negara pada 18 Mac 2020. Akibat daripada pandemik, ekonomi rakyat mula terkesan. Sehubungan itu, pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion pada 27 Mac, bagi membantu mengurangkan tekanan rakyat ketika PKP. Gaya kempimpinannya mendapat tempat di hati ramai rakyat. Beliau telah meletak jawatan pada 16 Ogos 2021.

Leave a comment