
Sejak munculnya pandemik COVID19 ramai peniaga-peniaga kecil tidak dapat menjalankan perniagaan secara fizikal sama ada dengan membuka kedai atau gerai.
Malah, ada yang terpaksa gulung tikar apabila mereka tidak mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan platform jualan untuk terus kekal relevan dalam bisnes kecil pada masa pandemik ini.
Kaedah perniagaan dalam talian adalah platform yang sangat membantu peniaga kecil untuk terus mencari rezeki menampung keperluan kehidupan harian. Tidak kira melalui aplikasi WhatsApp, e-dagang atau media sosial ia dikenali sebagai bisnes dalam talian.
Bagi peniaga kecil platform e-dagang terutamanya Shopee adalah satu aplikasi yang paling popular di kalangan peniaga kecil atau besar. Ramai mula mengambil peluang menggunakan aplikasi ini untuk berjual beli termasuk barangan yang dulunya tidak terfikir untuk dijual secara komersial di Shopee seperti petai segar, serai, dan sebagainya yang dikategorikan sebagai barang segar atau basah.
Namun bagi peniaga yang masih tercari-cari di mana untuk dapatkan ilmu berniaga di platform ini secara percuma, entri kali ini saya akan kongsikan kepada semua.
Media sosial adalah salah satu saluran yang boleh anda memperolehi input-input secara percuma mengenai perniagaan di Shopee, sama ada anda mencari maklumat untuk setup kedai di Shopee, cara menjual dan sebagainya.
1.YouTube
YouTube adalah satu saluran yang boleh anda mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan Shopee secara percuma. Banyak video-video tutorial yang dikongsi dan anda boleh ikutinya dengan mudah.

Kelemahan : YouTube kebanyakannya berlaku komunikasi satu hala sahaja, walaupun anda boleh memberi komen dan mengajukan komen diruangan yang disedikan namun untuk pemilik akaun tersebut menjawab soalan anda sangat sedikit peratusnya. Malah kadangkala soalan anda dibiarkan sepi.
2.Google
Anda boleh cari maklumat yang diingin di enjin carian seperti Google. Banyak penulisan-penulisan atau tips yang anda akan temui mengenai Shopee. Penerangan juga lebih jelas, panjang lebar dan mungkin menjawab persoalanan yang anda inginkan. Namun melalui Google juga tidak semua penulis akan kongsi ilmu Shopee secara percuma sebaliknya ia akan memancing anda untuk membeli pakej-pakej yang dijual mereka.

Kelemahan : Enjin carian Google contohnya juga akan melinatkan komunikasi sehala. Walaupun amda boleh meninggalkan komen di blog-blog untuk penulis menjawab namun mungkin mengambil masa untuk anda menerima respon.
3.TikTok
Aplikasi TikTok antara aplikasi yang paling popular di Malaysia. Mengikut laporan juga TikTok telah menjadi aplikasi pertama masyarakat di negara ini muat turun. TikTok bukan sahaja menyediakan hiburan namun anda juga boleh dapatkan ilmu mengenai Shopee di sana. Bagaimanapun seperti yang anda tahu, TikTok adalah aplikasi yang membenarkan pengguna memuatnaik video-video pendek, jadi sudah pasti pencarian mengenai ilmu Shopee agak terbatas.

Kelemahan : Komunikasi dua hala mungkin berlaku namun ia tidak begitu membantu dalam pencarian maklumat anda. Anda mungkin dipancing untuk menyertai kelas-kelas Shopee yang mereka sediakan.
4.Facebook
Aplikasi ini antara yang masih digunakan masyarakat untuk mendapatkan maklumat, berhubung dan berkomunikasi. Pencarian anda di Facebook mungkin akan membantu anda mendapat ilmu-ilmu Shopee secara percuma dan menjawab pertanyaan anda. Namun anda perlu sedikit berusaha untuk membuat carian dan mengikuti Fan Page yang diwujudkan di medium ini.
Antara medium yang wajib anda ikuti sekiranya anda pengguna atau penjual baru di Shopee. Banyak soal jawab berlaku di sini. Anda hanya perlu sediakan buku nota dan sebatang pen. Salin jawapan-jawapan yang diberikan apabila ada ahli yang bertanya. Kadangkala ilmu yang amda perolehi di sini akan lebih advance. Ini kerana kebanyakan yang bersoal jawab, belajar dari pengalaman dan hasil explore.
Namun jika anda masih tidak memahami mengenai Shopee, anda perlu juga membuat pelaburan untuk membeli pakej-pakej ynag disediakan admin grup tersebut. Sudah pasti pakej yang tawarkan berbaloi dengan apa yang anda inginkan.

Bagi anda yang baru mula mahu berniaga di Shopee boleh tekan link ini. Banyak tawaran yang anda akan perolehi.
Leave a comment