
Bagi sesiapa yang gemar memasak dan suka berjalan sudah pasti mengimpikan satu alat memasak yang mudah dan boleh di bawa ke mana sahaja. Dapur kompak, portable stove atau dapur mini adalah satu alatan terbaik untuk kaki camping.
Dapur mini ini bukan sahaja ringan, malah mudah untuk memasang sekiranya mahu digunakan atau mahu disimpan. Penjagaan dapur ini juga mudah, di mana selepas menggunkan anda hanya perlu mengelap u tuk dibersihkan dan simpan di dalam beg yang disediakan.
Kebiasaannya, dapur mini yang dibeli di pasaran sama ada di kedai atas talian seperti Shopee ataupun kedai-kedai fizikan lain akan disediakan bersama kotak keras supaya meningkatkan lagi fungsi sebenar alatan memasak tersebut. Kotak keras itu akan memudahkan pengguna untuk membawa ke mana sahaja dan menjimatkan ruang simpanan.
Dapur mini ini menggunakan silinder gas bersaiz kecil dan mempunyai katrij yang disediakan untuk memuatkan tabung gas tersebut. Selain ia juga mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan bahaya kepada pengguna. Contohnya gas akan terlepas keluar sekiranya tabung gas dipasang dengan betul, jika tidak anda tidak dapat menyalakan dapur tersebut.
Bagi anda suka memasak di luar seperti ketika bercamping, dapur mini harus ada dalam senarai wajib barangan persediaan camping anda. Ia juga sesuai untuk bersama menjamu selera seperti steamboat. Boleh letak sahaja di atas meja, sangat mudah.
Contiki antara jenama yang mendapat tempat di hati penduduk Malaysia, bukan hanya harganya murah malah menggunakan teknologi Francis. Selain jenama tersebut juga memunyai sijil CE yang diikitiraf di negara-negara Eropah.
Jika anda ingin mendaaptkannya boleh di beli Shopee atau web e-dagang lain atay beli di sini.
Leave a comment