Cara Mudah Buat PanCake |Guna Tepung Segera Noraini’s

1–2 minutes

PanCake atau di kalangan masyarakat Malaysia dikenali sebagai lempeng atau peknga. Malah terdapabanyak versi resepi dan rasa. Ada yang dicampur dengan kelapa, sayur-sayuran dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.

Bagi Syarikat Noraini’s yang terkenal dengan penghasilan produk biskut, kek dan pastri mengeluarkan pelbagai jenis tepung segera pancake seperti coklat, vanila dan strawberi. Penyediaan juga sangat mudah dan caranya juga ditunjukkan dibelakang peket tepung tersebut.

Resepi kali ini sangat membantu ibu-ibu yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak. Atau ingin kelainan sarapan pagi untuk keluarga.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan pancake dari Noraini’s ini.

Bahan-bahan penyediaan PanCake Noraini’s

Bahan-bahan :

  • Tepung segera PanCake Noraini’s
  • 1 biji telur gred B
  • 1tsp gula
  • 2 tsp minyak
  • 145 air
  • Strawberi (optional)
  • Nuttella (optional)

Cara penyediaan adunan :

  • Masukkan gula ke dalam bekas, pecahkan sebiji telur dan pukul sehingga sebati datau berbuih.
  • Masukkan tepung dan diselang-selikan dengan air. Ulang langkah ini sehingga habis.
  • Akhir sekali masukkan minyak dan kacau sebati.

Cara penyediaan pancake :

  • Panaskan kuali leper
  • Sapu sedikit minyak atau butter untuk mengelakkan daripada pancake melekat
  • Ambil senduk bulat, sendukkan adunan ke dalam kuali.
  • Biarkan seketika, dan apabila pancake anda telah mula menjadi berlubang-lubang dipermukaan, balikkan dia.
  • Biarkan sekejap kira-kira dua minit atau sehingga masak.
  • Kemudian bolehlah angkat dan dihidangkan bersama toping kegemaran seperti strawberi, nuttella, madu atau krim putar.

Pancake ini sesuai dimakan pada waktu sarapan pagi atau pada bila-bila masa. Sepeket tepung Noraini’s boleh menghasilkan 6-8 biji pancake terpulang kepada saiz yang disediakan anda.

Selamat mencuba!

Leave a comment