Cara YouTuber Pemula Hasilkan Video

2–3 minutes

Bagi anda seorang YouTuber Pemula atau beginner sudah pasti tercari-cari apakah kaedah terbaik untuk hasilkan video.

Cara yang betul dapat meminimakan kesilapan dan meningkatkan kualiti content anda. Banyak tip dan cara yang dikongsi oleh YouTuber berjaya lain mengikut perspektif masing-masing.

Bagaimana anda menghasilkan video tidak ada yang salah jika anda telah mengikuti syarat-syarat YouTube supaya tidak disekat. Antaranya video anda tidak boleh mengandungi content sensitif seperti yang boleh merosakkan, memberi kesan buruk kepada orang lain dan sebagainya. Malah sebagai seorang manusia anda perlu memikirkan juga apa kesan video yang anda siarkan di YouTube memberi kesan-kesan negatif kepada orang ramai.

Jom lihat cara-cara yang dicadangkan untuk anda mula hasilkan video untuk YouTube.

1.Planning

Sebelum menghasilkan video, anda perlu sentiasa plan content yang ingin dihasilkan. Anda boleh menghasilkan skrip, storyboard dan outline. Ketiga-tiga tool ini akan membantu anda untuk fokus terhadap content video yang akan anda hasilkan. Malah, tool ini juga akan melancarkan proses menghasilkan video dan mengurangkan risiko kerugian sama ada dari segi masa dan juga wang tunai.

Bagi beginner hal ini perlu dielakkan, sebolehnya anda perlu minimaliskan kesilapan yang mengundang kerugian.

Plan juga visual yang anda akan hasilkan seperti shot, angle, grafik dan lain-lain. Semua ini boleh ditulis bersama dalam skrip, atau outline dialog.

Storyboard dapat membantu anda fokus kepada content video

2.Peralatan

Sebagai seorang beginner anda tidak perlu membeli peralatan yang terlalu mahal. Cukup untuk anda mulakan dengan peralatan yang anda miliki, seperti smartphone. Smartphone yang dijual pada kini juga mempunyai kualiti kamera yang mampu menghasilkan video beresolusi tinggi dan berkualiti malah sehingga 4K. Bagi memudahkan proses penghasilan video anda disarankan menyediakan tripod dan juga microphone.

Tidak perlu membeli gear yang mahal, sekiranya anda tidak tahu kegunaannya. Lagi mahal gear anda miliki, lagi rumit proses menghasilkan video. Hal ini kerana anda perlu mengambil masa untuk memahami fungsi-fungsi gear baharu tersebut. Lebih baik anda belajar dan mula praktis cara mengambil video dengan baik, kemudian barulah menambah gear-gear baharu seperti perakam video, camera digital dan sebagainya.

Antara gear yang boleh digunakan bagi beginner

3.Audio dan Voice Over (VO)

Audio adalah elemen penting dalam sesebuah content video. Audio yang jelas akan membantu menarik pengguna menonton video anda sehingga ke akhirnya.

Malah paling utama, audio dari video anda akan menjadi panduan kepada pengguna untuk melakukan sesuatu. Anda perlu tahu pengguna yang melayari YouTube bukan sahaja untuk berhibur sebaliknya mencari sesuatu ilmu untuk mereka pelajari sehingga berjaya. Justeru setiap percakapan anda di dalam video harus jelas dan mempunyai audio yang baik.

Begitu juga, sekiranya anda menggunakan kaedah VO. Anda perlu apstikan VO anda itu jelas, berfakta dan jujur. Jadilah YouTuber yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.

4.Pencahayaan

Sebelum anda mula menghasilkan video, elemen pencahayaan adalah antara aling penting perlu dititikberatkan. Anda boleh menggunakan cahaya ‘tambahan’ seperti lampu led atau pencahayaan semulajadi dari matahari. Anda boleh memastikan cahaya mengcukupi atau pun tidak dengan melihat kembali kepada kamera anda sebelum memulakan rakaman. Jika pencahayaan tidak mencukupi, video anda akan menjadi kabur dan gelap.

Pencahayaan semulajadi dari matahari boleh digunakan pada waktu siang yang cerah

Empat langkah atau cara ini boleh dijadikan panduan untuk YouTuber Pemula yang mahukan video dihasilkan dengan lebih baik, walaupun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Baca juga : Tip Mahu Jadi YoTuber Pemula

Baca juga : Cara YouTuber Pemula Kembangkan Channel YouTube

Leave a comment