
Kimchi adalah juadah yang menjadi kemestian dalam menu hidangan masyarakat Korea. Bahan utama kimchi yang berasaskan sayur kobis jepun dan campuran bahan-bahan lain seperti lobak merah, epal, gula, garam, serbuk cili atau gochugaru, udang pepai dan beberapa lagi ramuan lain sudah pasti menjadi penyedap kepada juadah ini.
Kimchi juga boleh dimakan begitu sahaja atau bersama menu lain seperti nasi, malah kimchi juga menjadi ramuan utama untuk masakan seperti Kikchi Jjigae atau stew kimchi. Rasa kimchi yang masam dan menyegarkan selepas beberapa tempoh diperam mampu membuka selera siapa sahaja yang mencubanya.
Dalam entri kali ini, kita akan belajar cara memasak Kimchi Jjigae.

Bahan-bahan
- Kimchi
- Daging
- Tofu
- Cendawan Inoki
- Bawang Kuning
- Bawang Putih
- Daun Bawang
- Cili Merah
- Gochugaru atau Serbuk Cili
- Gula
- Garam
- Pati Ikan Bilis
- Minyak Bijan
- Air
Cara penyediaan
- Masukkan daging lembu ke dalam periuk, dan masukkan air. Masak dengan api sederhana.
- Masukkan bawang kuning dan bawang putih yang telah dimayang.
- Biarkan seketika sehingga daging mulai empuk.
- Masukkan gochugaru dan minyak bijan.
- Kemudian masukkan kimchi, gula, garam dan kiub ikan bilis. Kacau sehingga sekata dan biarkan ia mendidih.
- Selepas mendidih masukkan cendawan inoki dan biarkan ia masak seketika.
- Kemudian boleh masukkan tofu, hirisan daun bawang dan hirisan cili. Biarkan ia mendidih seketika. Kemudian boleh tutup api.
- Siap! Boleh dihidangkan dan dimakan panas-panas atau sejuk.
Kimchi Jjigae enak dimakan ketika panas bersama nasi atau pun ramen.
Anda yang berminat dengan Kimchi Tadisional boleh dapatkan di sini Dapur Abil.
Selamat mencuba.

Leave a comment