Cara YouTuber Pemula Kembangkan Channel YouTube

2–3 minutes
Cik Milah Channel

Bila anda membuat keputusan untuk menjadi YouTuber anda perlu ‘tamak’. Kenapa perlu ‘tamak’?

Bila anda jadi YouTuber anda perlu tamak dengan memanfaatkan semua platform media sosial lain. Pada hari ini media sosial adalah alat komunikasi terpenting. Media sosial menjadi rangkaian atau jaringan untuk manusia berkomunikasi tanpa mengira sempadan. Malah ia juga bersifat worldwide dan tanpa sempadan. Walaupun anda berada di zon masa berbeza. Di mana sahaja anda berada, anda walau dipelusuk dunia sekalipun semua menggunakan media sosial untuk berkomunikasi, dan berinteraksi secara maya.

Optimumkan penggunaan media sosial

Malah media sosial juga menjadi tempat rujukan utama umat manusia untuk mendapatkan maklumat secara pantas dan menjadi seorang penyampai maklumat. Dengan hanya satu sentuhan pada hujung jari, semua info akan terhidang di depan mata, maklumat dapat disebarkan sekelip mata ke seluruh dunia.

Justeru, jika anda seorang YouTuber pemula dan mahu dikenali umum, anda perlu mengoptimumkan penggunaan media sosial seperti Facebook, WhatsApp, TikTok, website, blog dan sebagainya.

https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

Gambar Pinterest

Di negara luar, YouTuber turut memanfaat penggunaan Pinterest untuk menyebarkan dan memberitahu kewujudan channel mereka kepada umum. Ini kerana Pinterest adalah satu platform untuk mempromosikan sesuatu dengan menggunakan gambar-gambar menarik. Sehingga ke hari ini terdapat berjuta-juta pengguna Pinterest di seluruh negara. Malah, pengguna boleh memasukkan link-link media sosial tanpa dikenakan sekatan.

Gambar TikTok

Manakala, TikTok adalah saluran media sosial yang terkini dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang menggunakannya untuk berkomunikasi, menyampaikan maklumat, berhibur ataupun bagi tujuan perniagaan. Atas faktor tersebut, sudah pasti YouTuber perlu juga aktif di TikTok untuk mengembang luaskan lagi jaringan pengikut serta subscriber di YouTube.

Manakala, Facebook adalah antara saluran media sosial yang digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Di sini YouTuber terutama yang baru mula menceburi bidang ini, anda perlu manfaatkannya dengan betul. Di sinilah anda boleh membina komuniti YouTuber, dan memperkenalkan channel anda kepada umum.

Selain itu, satu lagi saluran media sosial yang memberi pengaruh yang besar kepada YouTuber adalah WhatsApp. WhatsApp adalah antara cara paling pantas untuk anda mendapatkan subscriber dan memberitahu kewujudan channel YouTube anda kepada umum. Anda boleh menghantar pesanan melalui grup-grup WhatsApp atau memasukkan info, link dan sebagainya di status WhatsApp.

Akhir sekali blog atau website. Sekiranya anda memiliki website ia adalah satu bonus untuk anda sebagai YouTuber pemula bagi tahun 2021. Melalui website anda bukan sahaja boleh menghubungkan saluran-saluran media sosial dalam satu platform, malah dapat menarik perhatian follower blog anda untuk mula menjadi subscriber anda. Malah blog juga dapat membantu channel anda berkembang dengan lebih cepat kerana menggunakan enjin carian iaitu Google. Ia menjadi nilai tambah untuk mendapat lebih carian mengenai channel YouTube anda.

Leave a comment