
Pasti ramai yang gemar menikmati kek coklat kukus terutamanya anak-anak. Kebiasaannya harga kek coklat ini juga dijual agak mahal bergantung kepada jenis bahan-bahan yang digunakan.
Dalam entri kali ini, Cik Milah akan kongsi cara mudah untuk membuat kek coklat kukus dengan coklat ganache yang sudah pasti sedap di makan pada bila-bila masa seisi keluarga.
Bahan-bahan Kek Kukus Coklat
Tepung Kek Kukus Coklat Noraini’s (boleh beli di sini)
1 biji Telur (gred B)
1/2 cawan Air
3/4 cawan Gula
1/2 cawan Minyak Masak
Bahan untuk Coklat Ganache
- Coklat Compund Coin/Cadburry Bar
- Susu Full Cream
- Minyak Masak
Cara penyediaannya :
- Masukkan gula dan telur ke dalam bekas. Pukul kedua bahan ini sehingga kembang.
- Kemudian masukkan tepung Kek Kukus Noraini’s berselang seli dengan air dan sebatikan. Ulang langkah ini sehingga habis kedua-dua bahan tersebut.
- Akhir sekali masukkan minyak masak, dan kacau sebati.
- Sediakan loyang saiz enam.
- Bakar pada suhu 180° selama 30-45 minit atau sehingga masak.
- Jika anda mahu kukus, kukus dengan api sederhana selama 25 minit atau sehingga masak.
Cara menyedia Coklat Ganache
- Didihkan air di dalam periuk
- Masukkan coklat coin atau coklat Cadburry yang telah dicincang kedalam bekas dan double boil.
- Bila coklat mulai cair masukkan minyak masak
- Kemudian masukkan susu full cream kacau sebati. Jika mahu coklat ganache anda lebih cair masukkan lebih susu.
Mudah bukan? Tidak perlu menggunakan modal yang banyak dan cara penyediaannya juga mudah.
Tip untuk menuang coklat ganache pastikan kek anda disejukkan terebih dahulu. Lebihan kek boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika anda mahu menikmatinya, dan untuk rasa lebih sedap selepas keluarkan dari peti sejuk biarkan sekejap. Langkah ini untuk melembutkan kek dan kembalikan kelembapan kek.
Selamat mencuba. Boleh tonton video di sini juga untuk lebih jelas.
Leave a comment