
Sudah pasti ramai yang mengimpikan dan memasang angan-angan untuk menjadi seorang YouTuber. Ramai juga mahu menjana pendapatan dengan menjadi seorang YouTuber dengan mudah kerana memiliki kemahiran merakam video, bercakap, dan mengedit. Malah di Malaysia juga begitu ramai YouTuber yang berjaya dan mampu menjana pendapatan sehingga enam angka. Hal ini yang mendorong masyarakat untuk mencuba menjana pendapatan melalui saluran ini.
Namun, ada juga yang menggunakan YouTube untuk mendapatkan tip-tip, menonton filem dan sebagainya yang berbentuk audio, dan visual, kerana ia lebih mudah difahami. Bagaimanapun bagi anda yang masih bercita-cita untuk menjadi seorang YouTuber pada tahun 2021 jangan berputus asa dan berlengah.
Bagi anda yang masih tidak mengetahui teknik atau langkah untuk mula menjadi YouTuber, di sini ada beberapa perkongsian yang boleh anda cuba.

Cara Mahu Jadi YouTuber Pada Tahun 2021
- Pemilihan Niche dan Tema
- Tools atau Peralatan
- Akaun YouTube
- Hasilkan Video Berkualiti
- Konsistensi
- Pemilihan niche atau tema penting selepas anda memutuskan untuk menjadi YouTuber. Niche ini boleh dipilih mengikut minat atau kemahiran anda. Hal ini kerana apabila anda menggunakan niche berpandukan minat, proses menghasilkan video akan lebih mudah. Malah anda akan lebih fokus menghasilkan sesuatu video. Selain itu, sekiranya anda mempunya tema yang jelas lebih mudah bagi anda membuat rujukan terhdapa YouTuber-YouTuber lain dalam usaha meningkatkan kualiti kandungan atau content anda. Penonton juga akan tertarik untuk mula subscribe anda.
- Peralatan untuk menghasilkan dan merakam video sangat penting. Tapi anda tidak perlu membeli video kamera baharu, guna sahaja telefon pintar yang sedia ada. Untuk kualiti audio, anda disarankan mempunyai microphone. Audio penting dalam sesebuah video. Selain itu, bagi kemudahan anda ketika merakam video tripod, monopod atau pemegang telefon pintar adalah alatan yang perlu ada. Kebiasaannya seseorang YouTuber pemula akan bergerak secara solo tanpa bantuan orang lain. Jadi tripod atau pemegang telefon pintar ini menjadi ‘rakan karib’ anda ketika shooting.
- Akaun YouTube. Akaun YouTube perlu dicipta dengan menggunakan nama-nama yang bersesuaian. Kebanyakan YouTuber menggunakan nama sendiri atau nama timangan yang mereka mahu dikenali. Apa kelebihan menggunakan nama sendiri daripada menggunakan nama-nama lain contoh ‘Miss Nina DIY’. Apabila anda memutuskan untuk menggunakan perkataan DIY atau decorate it yourself, video-video anda perlulah bertemakan DIY dan selari dengan nama YouTube Channel anda. Tapi sangat sesuai bagi anda yang mempunyai perniagaan tersebut dan mahu mempromosikan produk.
- Anda perlu menghasilkan video-video yang berkualiti dan mempunyai isi kandungan menarik. Jika anda pertama kali menghasilkan video jangan gundah, anda boleh cuba muat naik video pertama walaupun banyak kekurangan. Dari situ, anda akan mula belajar cara untuk meningkatkan kualiti kandungan anda.
- Akhir sekali anda perlu konsisten untuk menghasilkan video-video yang menarik. Ramai YouTuber menyarankan supaya bagi Youtuber baru untuk menghasilkan sekurang-kurang tiga video seminggu dan dimuatnaik secara teratur. Hal ini penting untuk anda meningkatkan viewer dan subscriber.
Perlu diingatkan bagi anda yang baru hendak berjinak dengan dunia YouTuber ini, anda perlu menjadi yang pertama, yang terbaik atau yang lain dari lain. Jadi anda perlu banyak membuat kajian supaya anda terus berjaya dalam dunia YouTuber ini. Anda juga tidak boleh mengukur kejayaan anda selepas beberpa kali memuatnaik video di YouTube.
Leave a comment