
Kek pisang memang menjadi juadah minum petang yang digemari semua lapisan masyarakat. Jika dulu kek pisang hanya menggunakan bahan utama seperti tepung dan pisang tapi kini ia telah variasikan dengan pelbagai rasa.
Antaranya, kek pisang kayang yang kini mendapat permintaan ramai apabia ia ditambah dengan coklat dan kekacang seperti walnut. Malah ia juga turut dimasukkan dengan keju untuk memberi kelainan pada rasa kek pisang tersebut namun masih enak dimakan.
Malah ia juga dibuat dalam pelbagai bentuk dan saiz ada juga dipanggil muffin, ke cawan dan sebagainya.
Selain itu, buah pisang juga mempunyai banyak khasiat dan kandungan nutrisi untuk tubuh badan. Pisang mempunyai kandungan karbohidrat dan potasium yang tinggi untuk memberi tenaga kepada tubuh badan.
Oleh itu, pisang sangat sesuai dijadikan snek setiap hari untuk anak-anak atau anda yang sibuk bekerja.
Pada entri kali ini, Cik Milah akan berkongsi cara membuat kek pisang menggunakan enam bahan dan mudah disediakan.
Bahan-bahannya :
- 150 gram Tepung Kek Pisang Noraini’s
- 1/2 cawan Gula
- 1/2 cawan Minyak Masak
- 5-6 biji Pisang Emas
- 2 biji Telur
Cara-cara penyediaan :
- Masukkan gula dan telur, pukul sehingga kembang
- Kemudian masukkan tepung kedalam adunan yang telah kembang, kacau sebati.
- Kemudian masukkan pisang emas yang telah dilenyek, kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan minyak masak, dan kacau sehingga sebati.
*Untuk hiasan anda boleh guna hirisan pisang, coklat syiling, kekacang dan sebagainya. Bakar pada suhu 180° selama 40-45 minit atau sehingga masak.
Kek pisang ini boleh dimasak dengan dua kaedah, samada bakar di dalam oven atau kukus di atas api.
Untuk lebih jelas boleh tonton di sini :
Leave a comment