Cara Membuat Apam Balik Kedai Eco Shop

1–2 minutes
Cara Memasak Apam Balik Resepi Belakang Peket

Kuih “Apam Balik” memang sinonim dengan masyarakat Malaysia malah di seluruh alam Nusantara ini. Apam Balik juga turut dikenali sebagai Apam Manis, Terang Bulan atau Lekker dan banyak lagi.

Namun begitu, kuih kegemaran ramai ini mempunyai pelbagai cerita sejarah mengikut negara. Contohnya di Malaysia, Apam Balik diperkenalkan oleh masyarakat Hokkien yang telah migrasi ke Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu.

Apam Balik Tepung Norainis Eco Shop RM2.10

Manakala, di Indonesia pula sejarah Apam Balik ini sedikit berbeza. Kuih ini diperkenlakan oleh orang Belanda yang datang ke negara itu pada abad ke-16. Ia dijual oleh pedagang Belanda yang dikenali kuih Lekker. Kuih Lekker ini seperti Apam Balik dan berstektur nipis dan ranggup yang kini banyak dijual di kawasan Solo, Indonesia. Perkataan Lekker dalam bahasa Belanda bermaksud enak.

Apam Manis Juga Turut Dikenali Di Indonesia

Kebiasaannya kuih Apam Balik ini dibakar menggunakan marjerin dan ditabur gula, susu, jagung serta kacang tanah. Namun kini, ia telah dimodenkan dengan penambahan pelbagai perisa lain seperti jem Stroberi, Blueberry dan sebagainya mengikut kreativiti penggemar kuih ini.

Apam Balik ini sangat enak dimakan ketika masih panas, di waktu petang atau pun pagi. Bagi penggemar Apam Balik sudah pasti lebih memilih resepi asli yang ditaburi gula, susu, jagung dan kacang tanah, lagi banyak jagung lagi sedap.

Tapi bagi yang sudah lama ingin mencuba memasak Apam Balik, anda boleh cuba respi melalui video ini. Resepi yang mudah dan boleh dapatkan tepung pra campuran Norainis dengan harga hanya RM2.10 di kedai Eco Shop atau Shopee.

Jom kita tengok cara masak Apam Balik Norainis.

Leave a comment