
Sejak berlakunya pandemik Covid19, kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan PKP di seluruh negara. Akibat langkah tersebut, tidak dinafikan ramai yang mula terjejas. Namun sikap prihatin rakyat Malaysia sama ada orang ramai, artis dan pemimpin yang tidak jemu memberi sumbangan malah pengumuman bantuan bakul makanan sebanyak RM300 ribu untuk setiap Parlimen itu antara keprihatinan kerajaan untuk rakyat.
Hasil daripada sumbangan-sumbangan daripada pelbagai pihak tersebut banyak barangan makanan diterima masyarakat, namun golongan ini juga turut memerlukan barangan penjagaan kebersihan diri setiap hari.
Bagi wanita tuala wanita adalah barangan keperluan bulanan yang wajib ada untuk kegunaan ketika datang bulan atau period setiap bulan.
Tuala wanita sinonimnya digunakan golongan wanita ketika datang bulan atau haid setiap bulan. Ia adalah satu barangan keperluan wanita setiap bulan untuk keselesaan ketika mengalami datang bulan, termasuk penjagaan kebersihan diri.
Sehinggakan di India, filem yang dikaitkan dengan tuala wanita iaitu Pad Man yang diinspirasikan daripada kisah benar juga turut diketengahkan. Hal ini, bermakna tuala wanita sangat penting bagi menjamin kebersihan wanita yang sedang mengalami datang bulan.
Dalam filem Pad Man itu, menunjukkan kecintaannya terhadap isterinya dan bimbang dengan tahap kebersihan kain yang digunakan isterinya ketika haid. Beliau sebagai suami mula nekad dan tekad untuk menyelesaikan masalah isterinya malah kaum wanita di India.
Di India ketika itu tuala wanita sangat mahal, jadi PadMan nekad untuk mencipta mesin tuala wanita sendiri, berkali-kali gagal malah sering dihina dan diketawakan masyarakat sekeliling tentang usahanya.
Namun sikap tidak berputus asanya beliau berjaya menghasilkan mesin pembuat tuala wanita yang dijual dengan harga dua rupee berbanding dipasaran dijual pada harga 53 rupee untuk peket tuala wanita.
Dalam filem ini banyak memberi pengajaran dan bertujuan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat India yang masih percayakan perkara tahyul daripada memberi keutamaan kepada menjaga kebersihan diri.
Bagaimana, di negara kita sama ada sedar atau tidak, percaya atau tidak masih terdapat wanita yang terpaksa menggunakan kain terpakai dan digunakan berkali-kali ketika datang bulan.
Sgt penting..ada kawan ibu tunggal..haid dia pakai perca kain je.. tuala wanita rm4 pon dia syg nk beli baik beli telo anak2 dpt mkn 2 hari.. dia hanya menjaja makanan pagi2..jaga 2 anak n ibu yg oku.. ex suami lgsg xtanya khabar anak2..tp dia tenang je..hebat sungguh dia hadapi ujian ni
… saya sendri pernah alami masa sekolah dlu. Kesian nak mintak duit dkt mak masa tu. Mkn pon ssh. Masa tu mak ayah berpisah. Mmg ssh sgt2, mkn pon kdg ada kdg xda. Kitaorg adik beradik pernh petik buah betik hijau dlm hutan makan😂 sementra tggu mak balik kerja bwk mknn. Ayah xbg nafkah & tak jenguk langsg dan mak pon xnak tuntut sbb proses sgt leceh. Skrg alhamdulillah berkat kesabaran dan penat lelah mak besarkan kami 6 beradik dgn hasil kerja kantin sekolah ja mak nk apa inshaallah anak2 pakat tunaikan. Abah pon baru sedar dia ada anak 6 org rupanya😂😅. Tp tulah sbb berpisah dri kecik, kitaorg dh 20an baru jumpa balik so terasa janggal nak bermesra. Kdg2 rasa mcm org luar.
Sumber FB
Namun sikap prihatin masyarakat dan pemimpin masyarakat yang kini sedar tentang keperluan wanita ketika menghulurkan bantuan pada golongan memerlukan yang terjejas akibat COVID19 ini sangat membantu mereka.

Contohnya artis muda Naim Daniel yang turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan barangan sabun dan tuala wanita ini mendapat pujian ramai netizen yang mengakui barangan tersebut juga menjadi keperluan bagi golongan memerlukan selain barangan makanan.
Justeru, inisiatif masyarakat dan penyumbang lain termasuk artis, pemimpin dan NGO-NGO yang mempelbagai keperluankan golongan susah ini sudah pasti mampu membantu meringankan beban mereka.
Leave a comment