
Photo by Monstera on Pexels.com
PKP PKP PKP sambung lagi! Tapi jangan pula anda semua terabai di waktu PKP ini. Walaupun anda jarang keluar rumah namun penjagaan kulit muka sangat penting bagi memastikan ia kekal sihat dan berseri.
Ramai juga yang mengambil sikap acuh tidak acuh untuk menjaga jadual rutin harian kulit muka. Alasan malas kerana tidak keluar ke mana-mana. Jangan begitu ia adalah salah satu kesilapan besar sekiranya anda mahu kulit wajah kekal cantik dan berseri.
Apa yang anda perlu buat?

1.Cuci Wajah
Bangun pagi perlulah anda mandi sama ada anda bekerja di rumah atau suri rumah sepenuh masa. Jangan lupa untuk cuci muka menggunakan krim pembersih muka yang bersesuain. Anda juga disarankan scrub muka pada setiap tiga kali seminggu.
2.Toner Wajah

Toner muka adalah salah satu regim wajib anda lakukan selepas membersih muka. Toner penting untuk kecilkan pori dan bersihkan sisa kotoran yang melekat di wajah. Jangan lupa pat pat dan urut serta picit lembut wajah anda selepas memakai toner untuk mencepatkan proses resapan.
3.Spray Mist Wajah

Yeah ramai yang tertinggal untuk masukkan sekali spray mist wajah dalam rejim penjagaan kulit wajah. Spray mist ini perlu untuk melembutkan, melembapkan, mengembalikan kesegaran wajah dan ia juga menjadi asas yang baik sebelum meletakkan make-up di wajah.

Esen juga penting untuk melembapkan kulit dan memastikan kulit wajah kekal berseri. Pilihlah esen yang bersesuaian dengan kulit muka anda. Esen teksturnya lebih ringan dan mudah meresap sesuai dipakai pada waktu siang. Manakala serum sangat sesuai dipakai pada waktu malam untuk merawat keremajaan kulit anda.
5.Suncsreen atau Krim Pelindung Matahari

Ini antara produk yang sedang mendapat perhatian kaum wanita dan lelaki di Malaysia. Sunscreen wajar digunakan setiap hari walaupun anda berada di rumah sahaja.
Mudah bukan? Tidak sampai 10 minit sahaja anda akan siap selesaikan semua senarai rejim penjagaan wajah. Jangan lupa juga pakai baju cantik-cantik untuk meningkatkan keyakinan dan memastikan hari anda kekal ceria sepanjang masa.
Jika anda tidak tahu di mana mahu dapatkan rejim penjagaan kulit wajah ini, anda cuba beli di Watson, Shopee, Lazada, Zalora dan sebagainya.
Leave a comment