
Mesti ramai tertanya-tanya siapa Norainis? Norainis ini lah yang banyak menggembirakan golongan mak-mak. Norainis juga lah yang membantu mak-mak untuk menunaikan hajat anak-anak.
Norainis mula menghantui golongan ibu apabila produk yang dijual, khususnya tepung-tepung serbaguna dan kek hanya boleh dibeli pada harga RM2.10. Bermula dengan kek red velvet cheese yang dikongsi seorang pengguna laman Facebook yang teruja kerana mampu menyediakan juadah pencuci mulut itu setanding baker-baker yang ada.
Malah hantaran pengguna Facebook tersebut juga mencuri tumpuan ramai golongan emak-emak yang mula tercari-cari dan memasang impian untuk menghasilkan sendiri kek red velvet yang terkenal dengan harga kayangan untuk santapan seisi keluarga. Rata-rata golongan mak-mak mula teruja dengan kewujudan tepung kek red vevlvet norainis RM2.10 yang boleh didapati di kedai Eco Shop itu.

Terkini, jenama Norainis sekali lagi menjadi tumpuan apabila, tepung pre mix apam baliknya berjaya menghasilkan apam balik yang enak setanding apam balik yang dijual di pasar malam. Apa yang menyebabkan golongan mak-mak menjadi tidak senang duduk kerana produk Norainis ini berharga marhaen namun mempunyai rasa yang memikat malah mudah untuk disediakan di rumah.
Mengikut peminat tegar produk Norainis ini cara penyediaan dan cadangan resepi untuk setiap produk yang dijual juga telah disediakan di bahagian belakang bungkusan.

Jika anda ingin tahu, jenama Norainis ini juga turut mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan biskut dan pastri dengan kualiti premium. Kebanyakan resepi produknya adalah berasaskan homemade.
Pengasas jenama Norainis ini adalah Hajah Noraini Binti Ahmad dan suaminya yang memulakan perniagaan sejak tahun 1984. Produk norainis bersasas citasarasa Mrlayu Tradisional yang dijual di kantin sekolah dan pejabat. Namun terus berkembang dan mendapat permintaan di hotel-hotel. Dari hari ke hari perniagaan Noraini semakin berkembang dan mereka mua fokus untuk menghasilkan biskut. Biskut-biskut yang dijual pada harag RM2 hingga RM25 satu peket itu dipasarkan hypermarket dan gerai-gerai tepi jalan. Hari ini, Norainis Cookies ini mengeluarkan lebih 50 jenis biskut yang boleh didapati di mini market, supermarket, hypermarket dan turut di eksport ke negara.

Leave a comment