Kecoh Umur 23 Tahun Sudah Jadi Bomoh!

1–2 minutes

Hari ini kecoh di media sosial mengenai seorang pemuda berusia 23 tahun kantoi sedang menjalankan ritual sihir di sebuah apartment. Ritual yang dijalankannya telah menarik perhatian penduduk yang tinggal di apartment berdekatan kerana menyangka ia adalah satu kebakaran.

Namun apabila Pasukan Penyelamat Bomba sampai di rumah terbabit, didapati ia adalah upacara ritual untuk menyihir mangsa-mangsa. Ini dibuktikan dengan penemuan pelbagai jenis barangan dan alatan untuk ritual pemujaan.

Beberapa gambar turut ditularkan di media sosial. Mengikut daripada komen-komen netizen mangsa di dalam gambar yang disebarkan tersebut juga mengakui, ia adalah gambar kepunyaan seorang sahabatnya.

Mengikut daripada komen-komen netizen, pemuda ini melakukan ritual santau pemisah berdasarkan barangan seperti gambar-gambar mangsa yang diprint dan patung-patung yang terdapat di situ.

AllAllah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

… وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى

“”… sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.”

(To-Ha 20: Ayat 69)

Semoga Allah melaknat pelaku sihir & yang mengupahnya.ahnya.

Sumber FB : Akhi Ahmad Reedha

Leave a comment