
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, namun bukan semuanya mampu menyediakan segala kemudahan itu.
Bagi ibu bapa yang berkemampuan sudah pasti mempunyai beberapa polisi insurans untuk perlindungan kepada ahli keluarga khususnya anak-anak. Polisi insurans ini menjadi satu keutamaan dan boleh dianggap penting untuk memastikan kehidupan keluarga terjamin sekiranya kemalangan, kematian atau jatuh sakit. Dengan insurans, individu yang terlibat tidak perlu risau kerana mereka berhak untuk membuat tuntutan mengikut amaun yang dijanjikan.
Bagi yang tidak berkemampuan, apa pilihan yang ada? Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah pilihan yang paling murah dan berbaloi. Dalam skim ini, ibu bapa boleh memilih mana-mana pakej yang bersesuaian dengan kemampuan.
Pakej-pakej yang disediakan dilengkapi dengan takaful dan simpanan. Ini bermakna sekiranya anda menghadapi sebarang kemalangan, mengalami dianalisis menghidap 36 penyakit kritikal, dan kematian. Ilat hilang sebahagian ini pula hanya diberikan kepada pakej tertentu sahaja atau bagi sesiapa memilih pakej SSPN-i plus.
Antara :
Pakej Intan, ibu bapa hanya perlu menabung RM1 sehari di mana sebulan ibu bapa perlu membayar RM30. RM20 untuk tabungan dan RM10 lagi untuk takaful. Manfaat takaful sehingga RM40, 000.

Pakej Delima, pakej ini ibu bapa perlu membuat simpanan sebanyak RM50 sebulan. Simpanan SSPN RM40, takaful RM10.

Pakej Zamrud, pakej ini ibu bapa boleh membuat simpanan setiap bulan sebanyak RM180 di mana RM160 simpanan SSPN, RM20 takaful.



Kelima-lima pakej ini sangat berbaloi untuk diambil oleh ibu bapa, pilih mengikut kemampuan masing-masing. Jika tidak tahu bagaimana mahu mula menabung, ibu bapa boleh bermula dengan duit raya anak-anak yang diterima ketika menyambut hari raya.
Sekiranya ibu bapa tidak mahu menggunakan kaedah potongan terus wang dari akaun bank secara bulanan, bayaran deposit enam bulan perlu dilakukan. Contohnya jika anda memilih Pakej Intan, anda perlu mendepositkan sebanyak RM180 iaitu RM30x6 bulan.
Leave a comment