Jawatan Kosong Guru Julai 2021

1–2 minutes

Dalam sidang media sebentar tadi, saya umumkan pengambilan khas besar-besaran guru baharu secara one-off.

Pengambilan yang melibatkan 18,702 perjawatan ini dirancang dengan penuh teliti bagi merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan bertahun-tahun lamanya.

Pengambilan khas ini menjadi kenyataan dengan adanya koloborasi strategik diantara KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Terima kasih saya ucapkan kepada SPP dan JPA! KPM akan terus bekerjasama rapat dengan SPP, selaku Pihak Berkuasa Melantik, untuk menjayakan pendekatan baharu bagi memastikan pengambilan secara besar-besaran ini dapat memenuhi keperluan guru di sekolah.

Ini merupakan antara usaha yang diberi perhatian oleh KPM dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara.Apa yang penting, teruslah memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami untuk terus melakukan yang terbaik.Nothing beats hard work!

Sumber : FB Dr Radzi Jidin

Sudah pasti ramai graduan pendidikan yang masih menunggu kekosongan jawatan dalam sektor pendidikan ini boleh menarik sedikit nafas lega. Bagaimanapun, jawatan ini turut dibuka kepada graduan dan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayalakan untuk mengisisnya.

Jangan lupa segera membuat permohonan pada 1 Julai 2021 nanti.

Leave a comment