
Ramai yang kurang mahir untuk menggunakan microsoft untuk membuat design, atau pun adobe. Penggunaan adobe memang terkenal dalam seni art and design. Namun bagi anda yang langsung tidak tahu menggunakan adobe sudah pasti terkial-kial dan mengambil masa yang lama untuk belajar.
Kini, banyak juga software yang boeh digunakan untuk anda design sesuatu contohnya banner, poster, flyer, resume, logo dan sebagainya. Bagi Cik Milah penggunaan software Canva https://www.canva.com/join/zmw-mpj-rbz atau lebih dikenali sebagai cloud-based graphic design tool digunakan untuk mereka kandungan jenama untuk prosomosi, sales presentations, training videos and more by companies of all sizes. Sangat mudah dan berguna bagi seller online atau usahawan kecil online.
Anda boleh memilih pelbagai template, icon dan grafik yang telah disediakan secara percuma. Namun jika anda inginkan yang lebih terbaik anda juga boleh dapatkannya dengan membelinya.
Contohnya jika anda ingin membuat resume, anda hanya perlu search resume nanti akan keluar pelbagai template yang sesuai dengan kerjaya anda. Anda juga boleh mengubahnya mengikuti kreaviti dan kehendak anda.


Menarik bukan? Malah Canva juga memudahkan anda untuk design pelbagai keperluan material pemasaran perniagaan anda. Anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari atau mengupah pereka grafik. Hanya menggunakan smartphone atau laptop anda boleh mula design mengikut citarasa anda sendiri. Sangat jimat dan mudah. Anda tidak perlu belajar secara khusus hanya dengan memberi sedikit komitmen untuk explore software ini, nah anda boleh hasilkan sendiri.

Namun bagi anda yang mahukan hasil terbaik boleh juga melabur untuk kegunaan perniagaan anda di masa hadapan, atau anda juga boleh jadi seorang pereka grafik secara bidan terjun! Anda boleh menaik taraf atau upgrade software ini kepada Canva Pro. Anda tidak akan menghadapi masalah saiz, pemilihan gambar, dan design jika anda mahu menggunakannya atau ketika mahu menyimpannya sekiranya anda memilih untuk upgrade.

Banyak usahawan online yang memerlukan banyak promosi di media sosial dan penyediaan bahan promosi telah lama menggunakan Canva ini. Hal ini kerana ia sangat mudah, menjimat dan percuma. Yang paling penting banyak idea dan design-design di Canva ini mengikut trend. Anda tidak perlu lagi pening mencari idea dan mencari bahan untuk design.
Untuk memudahkan kerja anda, pilihlah komputer riba kerana ia lebih mudah untuk anda melakukan kerja-kerja design. Sekarang Dell ada buat promosi. Selamat mencuba.
Leave a comment