
Resepi Sambal Garing Pedas Mudah dan Sedap
Sinonimnya masyarakat Malaysia amat sukakan makanan yang pedas-pedas. Jika orang Melayu pula terkenal dengan sambal belacannya sama yang menggunakan cili padi, belacan, gula, garam dan limau atau air asam jawa. Namun begitu sambal belacan ini telah menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Tapi kali ini Cik Milah tidak mahu bercerita sambal belacan, tetapi mahu berkongsi satu resepi sambal garing yang membolehkan makan nasi bertambah-tambah. Resepi ini Cik Milah dapat dari seorang pengguna Facebook Siti Zubaidah Hassan.
Sambal garing ini boleh disimpan dan dimakan bersama nasi, bubur nasi dan apa sahaja yang anda suka. Resepinya sangat mudah dan tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi. Jom kita lihat apa bahan-bahannya.
Resipi Sambal Garing Pedas
- Cili Kering (dipotong, dicuci dan ditoskan)
- Minyak masa (untuk menggoreng)
- Ikan bilis
- Garam
- Bawang besar
- Bawang Putih
Cara penyediaan
- Panaskan minyak
- Masukkan cili kering yang ditoskan, goreng dengan api kecil sehingga garing, setelah garing angkat dan toskan minyak. Apabila sudah sejuk kisar dengan sedikit garam.
- Goreng ikan bilis sehingga garing, setelah garing angkat dan toskan minyak
- Goreng bawang putih, setelah garing angkat dan toskan minyak
- Kemudian satukan semua bahan, gaul sebati. Siap. Anda boleh simpan sambal garing pedas ini dalam bekas kedap udara


Bagi Cik Milah sambal garing ini memang sedap jika dimakan bersama nasi panas, boleh bertambah Cik Milah makan.
Sambal garing pedas yang mudah ini juga sudah pasti menjadi kesukaan ramai orang dan sekiranya anda ingin menjana pendapatan inilah masanya. Boleh dipek dalam plastik atau dimasukkan ke dalam botol-botol yang lebih menarik untuk dijual melalui media sosial atau platform e-dagang lain seperti Shopee atau Lazada.
Semoga perkongsian resepi sambal garing pedas dari Siti Zubaidah ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari idea untuk menjana pendapatan ketika ini.
Leave a comment