
Entri kali ini Cik Milah mahu kongsi cara untuk menuntut WTD. Isu WTD telah hangat diperkatakan sejak 2019 lagi. Ketika itu ramai yang berpusu-pusu ke Jabatan Akauntan Negara dan cawangan-cawangan seluruh negara. Tapi ramai juga yang mengadu terpaksa beratur panjang sehingga berjam lamanya dan tidak sempat berbuat demikian walaupun sudah menunggu seharian.
Disebabkan isu yang timbul, beberapa pemimpin politik telah mencadangkan supaya WTD ini boleh dilakukan secara atas talian atau online. Tahun lepas 2020 tuntutan sudah mula boleh dilakukan melalui online. Cik Milah sendiri, tahun lepas ada juga cuba nasib dan menyemak status WTD, tapi hanya ada beberapa sen sahaja.
Namun kali ini Cik Milah cuba membuat semakan sekali lagi, dan Alhamdulillah jumlah WTD Cik Milah ada lebih RM300 dari Takaful Ikhlas, RHB Bank dan AEON Credit.
Cara Menyemak dan Menuntut WTD
- Layarai laman web https://egumis.anm.gov.my/
- Daftar dengan masukkan nama pengguna dan kata laluan. Jika anda tidak pernah mendaftar anda perlu memdaftar dan isi maklumat peribadi terlebih dahulu seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat tetap dan sebagainya.

- Selepas anda berjaya masuk, anda perlu klik pada butang menu dan pilih semakan wang tidak dituntut atau klik butang berwarna ungu untuk carian wang tidak dituntut.

- Kemudian anda perlu masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan, sekiranya anda mempunyai baki WTD ia akan dipaparkan pada jadual rekod WTD.

- Sekiranya anda mempunyai baki WTD seperti dalam jadual di atas anda boleh terus membuat tuntutan melalui online.
- Anda perlu klik pada ruangan Tindakan dan klik pada frasa TUNTUTAN.

Selepas anda klik pada frasa TUNTUTAN anda perlu klik pada butang seterusnya. Kemudian anda akan diminta isi detail seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan anda juga perlu memuatnaik gambar MyKad. Anda perlu memuatnaik gambar MyKad hanya dalam bentuk JPG, PDF atau PNG.
Anda juga perlu muatnaik penyata akaun bank yang aktif untuk proses pengkreditan. Anda hanya perlu mengisi dan melengkapkan maklumat ini pada ruangan Perihal Empunya yang ditandakan mandatori sahaja. Sekiranya semua maklumat yang anda berikan benar, anda boleh terus klik butang hantar.

Siap! Mudah betul. Proses untuk pengkreditan ini dalam tempoh 30 hingga 60 hari. Jadi bersabarlah nanti wang anda akan masuk ke akaun yang telah didaftarkan.
Leave a comment