Review Smartphone yes Altitude 4G LTE percuma

1–2 minutes
Review smartphone Altitude 3.0
Altitude 3.0

Sebab ramai yang tanya Cik Milah mengenai smartphone yes Altitude 3.0 percuma di bawah program Jaring Prihatin ini, jadi kali ini Cik Milah cuba review mengenai smartphone ini.

Altitude 3.0 ini adalah smartphone dibawah syarikat telekomunikasi yes buatan China. Smartphone ini menggunakan bateri pakai buang (replaceable) yang berkapasiti 2000 mAh. Mempunyai simpanan dengan micro SD 8GB, jadi anda boleh guna memory card untuk simpan lebih banyak data.

Gambar yang boleh diambil menggunakan kamera smartphone Altitude ini adalah 8MP, anda juga boleh merakam video dan mempunyai pelbagai mode seperti night, sunset, party, potrait, landscape, dan sebagainya.

Mode kamera yang boleh disesuaikan mengikut keadaan

Altitude ini juga boleh memuat turun pelbagai aplikasi yang yang anda mahu, seperti smartphone jenama lain namun jangan sampai storage penuh pula. Anda boleh menggunakan PlayStore untuk memuat turun aplikasi yang diinginkan kerana Altitude menggunakan software Android 10. Bagi Cik Milah untuk tahun 2021 ini, software tersebut agak ketinggalan.

Tapi…untuk ibu bapa yang sangat memerlukan dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan jenama yang lain ia juga sesuai untuk pembelajaran PDPR anak anda. Yes menyarankan pelajar memuatturun aplikasi Forg Play untuk memudahkan mereka belajar dan mendapatkan pelbagai nota-nota. Malah aplikasi tersebut turut menyediakan permainan di mana anak anda boleh mengumpul mata ganjaran dan menebusnya dengan hadiah-hadiah menarik.

Antara aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun dengan Altitude 3.0

Lagi menarik, yes turut memberi kad sim dengan data percuma sebanyak 30GB. Bolehlah anak anda belajar tanpa perlu risau kehabisan data.

Ada persamaan seperti jenama smartphone yang lain, namun dari segi specifications memang agak rendah. Isu scammer bagi Cik Milah terpulang atas pandangan masing-masing. Lagi satu, untuk coverage yes di kawasan kediaman Cik Milah tiada masalah mungkin juga dekat dengan lokasi pencawang signal. Dari segi berbaloi atau tidak ia terpulang kepada penilaian dan kebijaksanaan masing-masing.

Bagi yang belum menuntut telefon pintar percuma boleh mendaftar dengan yes segera!

Baca juga https://cikmilah.com/2021/05/20/smartphon-free-yes-dah-sampai/

One response to “Review Smartphone yes Altitude 4G LTE percuma”

  1. Darwisy imran Avatar
    Darwisy imran

    Assalammualaikum

    Like

Leave a comment