Kali ini Cik Milah nak kongsi satu produk best bagi wanita-wanita atau lelaki yang mengalami masalah tumit merekah dan kaki kering. Cik Milah sendiri sering mengalami masalah tumit merekah dan kaki kering, sehinggalah sampai satu ketika apabila Cik Milah berjalan terasa sakit di tumit.
Pada saat itulah baru Cik Milah terdetik nak kunjungi drugstore untuk membeli produk yang benar-benar dapat bantu pulihkan masalah kaki Cik Milah ini. Sebab sebelum ini Cik Milah ada beli juga, tapi ia tidak berkesan namun produk yang Cik Milah pilih kali ini, memang berkesan seperti yang dijanjikan pada produk.
Visible result in 3 days
Yep, memang dalam masa tiga hari tumit dan kaki Cik Milah nampak perbezaan. Produk rawatan tumit Feet & Heel Balm dari ROSKEN ini Cik Milah beli dekat Watsons harga lebih kurang Rm20+. Sebenarnya produk dari ROSKEN untuk rawatan tumit dan kaki ada banyak juga variasi tapi Cik Milah guna yang berwarna ungu.

Bagaimana cara penggunaannya?
Sebelum ini Cik Milah ada juga buat pengcarian bagaimana cara nak rawat kaki dan ada terbaca satu perkongsian di Facebook.
Pertama sekali setiap kali mandi, beruslah kaki anda dengan shower brush atau berus lembut untuk keluarkan segala kotoran. Anda juga boleh guna scrub kaki, atau badan, tapi Cik Milah nak jimat guna saja scrub muka. Lepas mandi cepat-cepat keringkan kaki dan sapu balm dari Rosken, kemudian sapu losyen pilihan masing-masing.
Balm Rosken ni memang best sebab kita akan rasa sejuk, tapi memang tujuan untuk lembapkan kulit, anda akan rasa sedikit berpeluh. Tapi tidak perlu risau ia tidak akan mendatangkan bau kaki pun. Lebih elok selepas sapu balm ini, kita pakai stoking terutamanya sebelum tidur di waktu malam. Bangun pagi anda akan rasa kulit kaki makin lembut dan bersih.
Leave a comment