Bagi kaki shopping dan melaram, pengumuman PKP oleh kerajaan sangat menggusarkan. Anda tidak boleh mengunjungi pusat beli belah dari satu lokasi ke satu lokasi. Cik Milah pun begitu.
Namun bagi fashionista, lubuk shopping paling seronok pada musim PKP ini adalah melalui online. Tapi kadangkala yang dipesan tidak sama seperti yang diterima. Malah jika mahu dipulangkan banyak pula karenah birokrasinya, kadangkala mengambil masa yang sangat lama.
Tapi jangan risau buat semua ‘shopperholic‘, Zalora adalah satu platform yang sangat fleksibel dan menepati kehendak anda. Beritahu sahaja apa yang anda mahu, di Zalora pelbagai pilihan anda boleh cari dan dapatkan.
Lebih syok! Di Zalora anda boleh memilih servis untuk penghantaran segera dalam tempoh 24 jam. Servis ini sesuai untuk sesiapa yang last minute mencari pakaian untuk digayakan pada majlis-majlis tertentu.
Lagi apa paling best di Zalora? Jika anda mahu mencari pakaian modesty atau muslimah atau baju kurung untuk raya ini, Zalora menawarkan pelbagai jenis rekaan dan dari pereka-pereka terkena dengan harga berpatutan. Zalora juga turut menawarkan potongan harga, diskaun untuk setiap pembelian. Best sangat.
Semua rekaan up to date dan rare. Tidak perlu lagi anda pening kepala mahu servey dari satu butik ke satu butik. Dengan Zalora anda mampu jimatkan masa dan menjadi pengguna bijak. Kalau anda mahu matching-matching, boleh pilih aksesori, beg tangan atau kasut. Ikut bajet anda, jangan terlebih bajet pula.
Cik Milah tertarik sangat dengan Zalora sebabnya, di Zalora anda boleh membuat pulangan semula barangan dalam tempoh 30 hari selepas pesanan tiba. Malah wang anda dikembalikan dalam tempoh yang singkat selepas pengesahan barangan yang dipulang diterima pihak Zalora. Ia sangat mudah dan memberi keselesaan kepada pengguna. Cik Milah pun pernah beberapa kali kembalikan item yang Cik Milah tidak berkenan. Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Apa lagi, jom jadi pengguna bijak. Download segera aplikasi Zalora dan daftar. Banyak diskaun menarik menanti pengguna baharu. Rugi tidak membeli belah dengan Zalora.
Leave a comment