Pengalaman Menjadi Pemandu e-hailing Wanita

2–4 minutes

Mesti ramai wanita tertanya-tanya, seronok ke pemandu e-hailing atau di Malaysia lebih terkenal dengan syarikat Grab, Mula dan sebagainya. Ada juga yang bimbang dengan keselamatan diri walaupun banyak di dada-dada akhbar dan media telah menonjolkan pekerjaan ini turut diwarnai golongan wanita.

Bagi Cik Milah yang juga pernah melibatkan diri dalam bidang ini hampir setahun, merasakan ia adalah satu bidang yang agak fun namun mencabar. Apakah yang seronok menjadi pemandu e-hailing ini, satunya sudah semestinya masa kerja adalah fleksibel. Setiap pemandu tentukan sendiri bila waktu kerja yang ingin mereka mahukan, awal pagi? Waktu tengahari? Waktu malam? Semuanya terpulang kepada individu tersebut. Begitu juga waktu bilakah anda mahu pulang ke rumah? Semuanya terpulang kepada individu tersebut.

Anda juga perlu ada target, berapakah pendapatan yang anda mahu setiap hari? Hal ini anda perlu bijak dan memerlukan sedikit strategi plus pengalaman. Sekiranya modal anda pada hari terbabit RM60, petrol RM30 dan topup RM30 mungkin jam yang anda perlu bekerja lebih lama 8 jam hingga 12 jam untuk anda dapat untung bersih RM100 dan ke atas. Untuk pastikan target anda capai pada hari berkenaan anda perlu bijak memilih lokasi hotspot untuk memudahkan mendapat rider. Ini paling penting.

Malah, bagi Cik Milah menjadi seorang pemandu e-hailing ini juga, Cik Milah dapat berjumpa ramai orang dan lapisan masyarakat. Kadangkala Cik Milah sering bertukar pandang atau mendengar cerita daripada rider atau penumpang. Banyak juga pengetahuan baharu yang Cik Milah dapat. Pengalaman yang tidak boleh dibeli.

Selain itu, banyak juga tempat-tempat yang Cik Milah tak pernah pergi, namun dengan menjadi pemandu e-hailing Cik Milah dapat masuk dan melihat banyak tempat. Itu semua pengalaman baharu bagi Cik Milah. Contohnya kediaman orang kenamaan, tapak projek perumahan, dan sebagainya.

Ada rasa takut tak bila rider warga asing naik dengan Cik Milah? Mesti soalan ini juga sering membelenggu minda kebanyakan wanita. Yes, ini antara cabaran sebagai epmandu e-hailing wanita. Sedikit sebanyak Cik Milah juga berasa takut sekiranya sesuatu perkara tidak diingini berlaku. Tapi Alhamdulillah, selama hampir setahun Cik Milah menjadi pemandu e-hailing, perkara yang tidak diingini tidak pernah berlaku. Malah kadangkala kita boleh juga belajar sesuatu daripada warga asing ini. Tapi part ni, Cik Milah akan kongsi nanti.

Sebagai seorang pemandu e-hailing, anda perlu pandai menggunakan aplikasi navigasi sama ada Waze atau Google Maps. Dua aplikasi ini sangat penting, tapi lebih bagus sekiranya anda mengetahui jalan-jalan atau lokasi rider yang mahu pergi. Bukan apa, kadangkala aplikasi ini juga sering hang atau ‘gelong’ ia akan memberi masalah kepada pemandu apabila kita tersilap mengikut laluan yang salah. Pilihan lain, anda boleh juga bertanya laluan daripada rider.

Cancel! Ini perkataan yang sangat pemandu e-hailing tidak suka. Perkataan ini yang membuatkan pemandu kemurungan, hilang mood, dan hilang sabar. Kenapa Cik Milah cakap begitu, hal ini kerana kebiasaannya perkataan cancel ini dilakukan oleh rider. Kebiasaannya pemandu dalam perjalanan untuk pick up rider, namun disebabkan masalah kesesakan lalu lintas, ia mengambil masa agak lama tetapi rider telah pun cancel booking. Di sini pemandu memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Kebiasaannya pemandu perlu reda dan sabar. No choice.

Apa lagi yang best menjadi pemandu e-hailing wanita? Bagi Cik Milah pekerjaan ini sesuatu yang baik, kadangkala kita boleh melakukan amal kebajikan. Contohnya, bila kita dapat rider OKU, atas budi bicara dan niat beramal kita boleh sahaja tidak mengambil wang daripada rider tersebut. Membantu rider angkat barang terutama warga emas, ia juga satu kebaikan yang dilakukan pemandu e-hailing.

Apapun pekerjaan yang anda lakukan, yang penting niat kerana Allah, sabar dan enjoy! Inshallah semuanya akan lancar.

Leave a comment