Setiap orang mempunyai minat tersendiri, ada yang suka menanam pokok, menggubah bunga dan ada juga suka mengumpul hadiah yang dimenangi dari menyertai peraduan.
Hobi ini bukan hanya memberi keuntungan kepada individu tersebut sekiranya berjaya diumumkan sebagai pemenang peraduan malah ia memberi kepuasan. Bayangkan dalam berjuta atau ratusan ribuan penyertaan, anda dipilih sebagai pemenang. Siapa saja yang tidak tersenyum seharian apabila mengenangkan dirinya diumum sebagai pemenang. Tidak kiralah apa hadiahnya, atau semurah mana pun ia tetapi kepuasan adalah keutamaan kepada ‘kaki’ peraduan ini.
Peraduan-peraduan ini dianjurkan syarikat terkenal dan juga usahawan-usahawan sebagai strategi pemasaran secara langsung. Contohnya di laman Facebook banyak juga dropship dan peniaga kecil mengambil inisiatif mengadakan peraduan untuk menarik lebih ramai follower atau pengikut. Walaupun ganjarannya sekecil sehelai tudung atau topup telco RM10 namun bagi kaki peraduan ia sesuatu peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Supermarket adalah lokasi dan menjadi tumpuan utama kaki peraduan, di mana di sini terdapat banyak borang-borang peraduan dan iklan peraduan yang boleh mereka sertai. Apa salahnya mencuba, tuah ayam nampak di kaki, tauah manusia siapa tahu!
Berita baik juga kepada kaki peraduan, Dairy Milk yang mempunyai rangkaian coklat Cadbury, biskut Oreo dan sebagainya sering mengadakan peraduan untuk peminatnya produknya.
Kali ini, Oreo menawarkan hadiah Le Creuset Rectangular Dish yang bernilai lebih RM300. Apa yang anda perlu buat hanya tekan iklan di atas dan daftar untuk mula mengundi. Pilih tiga resepi-resepi yang dipamirkan.

Sekiranya anda memang kaki peraduan yang bertuah, nama anda akan diumumkan pada minggu berikutnya.

Apa yang menarik juga, anda juga berpeluang memenangi vouche shopee RM5 sekiranya anda berjaya daftar sebagai pengundi.
Leave a comment