Cara Jual Gambar, Hanya Guna Smartphone di Shutterstock

1–2 minutes

Anda memang gemar mengambil pelbagai gambar melalui smartphone? Inilah masanya untuk anda jana pendapatan sampingan dengan menjual gambar di website. Banyak laman web yang menyediakan saluran untuk anda menjual atau beli gambar dengan bayaran lumayan.

Antaranya laman Shutterstock. Laman ini menyediakan kemudahan kepada anda untuk memuatnaik koleksi gambar peribadi yang menarik dan sekaligus menjana pendapatan. Anda bukan hanya boleh berkarya sebaliknya berkongsi keindahan dan hasil seni fotografi dengan orang ramai.

https://submit.shutterstock.com?rid=300693995

Langkah untuk menjual gambar di Shutterstock.

Langkah untuk menjual gambar di Shutterstock sangatlah mudah. Anda hanya perlu ke laman web Shutterstock dan sign up sebagai contributer.

https://www.shutterstock.com/g/Cik+Milah?rid=300693995&utm_medium=email&utm_source=ctrbreferral-link

Anda perlu isi semua maklumat yang diminta bagi membolehkan anda menjadi sebahagian contributer. Apabila berjaya anda akan menerima emel untuk mengaktifkan akaun Shutterstock anda.

Kemudian anda sudah mempunyai akaun dan nombor ID sendiri. Mudah bukan? Bagi memastikan gambar yang anda muat naik atau ulpoad itu diterima, anda juga boleh merujuk gambar-gambar atau templat yang ada.

Pelbagai kategori gambar anda boleh ambil dan muat naik. Jika diterima, tunggu sajalah wang dolar masuk ke akaun anda. Walaupun bayarannya agak kecil, namun sekiranya gambar anda di klik dan dimuat turun beratus orang, sudah pasti bayarannya semakin lumayan.

Antara gambar yang dicadangkan seperti untuk perniagaan, Lifestyle, model, haiwan, bunga dan sebagainya.

Untuk menerima bayaran jualan dari Shutterstock anda boleh memilih sama ada untuk menerimanya melalui Paypal, Payoneer atau Skrill.

Leave a comment