Cara Mahu Berjaya Dalam Perniagaan

2–3 minutes
https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-9431216464295204Mak Cik Pekasam Dicari

Cik Milah sering berbual dengan ramai usahawan berjaya, paling tersentuh apabila seorang usahawan dikenali Kak Sue Laksa Tempurung berkongsi ceritanya dalam dunia perniagaan.

Jatuh dan bangunnya sebelum berjaya banyak menjadi inspirasi Cik Milah. Tapi Apa yang lebih menarik hasil daripada perkongsian Kak Sue ini ialah beliau bercerita mengenai Zakat perniagaan atau “cuci hasil berniaga”.

Kak Sue berkecimpung dalam bidang perniagaan sudah lebih 20 tahun, memang banyak juga bidang perniagaan yang beliau ceburi dari bidang kosmetik sehinggalah makanan. Bagi Kak Sue, niat dan kesungguhan adalah resepi utama kejayaan dalam bidang perniagaan. Namun Kak Sue turut menambah, Zakat juga menyebabkan bisnes beliau terus berkembang dan berjaya.

Menurutnya, peniaga perlu ada sistem dalam perniagaan terutama dalam pengurusan akaun kewangan, perlu ada buku kewangan aliran tunai keluar dan masuk. Dari situlah peniaga boleh membuat pengiraan untuk membuat bayaran Zakat. Tidak kira anda berniaga pasar malam, gerai dan sebagainya sistem aliran tunai ini perlu dibuat untuk mengukur kejayaan dalam perniagaan. Malah rezeki juga lebih diberkati dan jiwa menjadi tenang.

Kak Sue yang menguruskan perniagaan secara sendiri berkata hasil perniagaannya itu telah berjaya membeli beberapa buah rumah yang kini turut menjadi sumber pendapatan bulanan apabila ia disewakan kepada orang ramai.

Kak Sue akui walaupun tidak mempunyai pendidikan secara profesional dalam bidang perniagaan namun semangat untuk belajar membuatkannya tidak melepaskan peluang menyertai program-program percuma dibawah kerajaan.

Melalui program-program seperti itu jugalah, menurut Kak Sue beliau dapat mengembangkan perniagaan. “Bila Kota join program seperti itu, kira dapat kawan baru, kenal macam-macam orang ada yang sudah berjaya. Bernasib baik jumpa usahawan yang mencari produk yang Kota buat. Sebab itu Kak Sue Suka join program macam ni,” katanya.

Kak Sue berkata rantaian bisnes atau rangkaian sosial sangat penting untuk mengembangkan bisnes. Di sinilah platform untuk peniaga tonjolkan produk kepada umum, tambah Kak Sue. Selain, SSM juga penting kerana banyak manfaat yang akan diterima termasuk dana-dana prihatin kerajaan, bantuan perniagaan dan sebagai. Jangan takut untuk mendaftar syarikat anda sekiranya mahu berkembang.

Akhir sekali, Kak Sue mengakui media sosial adalah satu platform yang sangat penting dalam perniagaan. “Penat macam mana pun kita, jangan lupa sediakan bahan untuk marketing, jangan lupa ambil gambar, video untuk marketing post di media sosial di status WhatsApp, Fb. Yang ni memang sangat membantu jangan lupa ambil gambar pelanggan untuk testimoni,” katanya. Sebagai muslim paling utama adalah sentiasa berdoa dan bergantung kepada Allah dengan setiap Apa jua pekerjaan yang dilakukan.”Sentiasa berfikiran positif, serahkan semuanya pada Allah,” jelas Kak Sue.

Banyak tips Kak Sue kongsikan dengan Cik Milah, kepada para usahawan dan peniaga kecil sama ada drop ship sekalipun tidak rugi gali ilmu, sertailah mana-mana program percuma yang disediakan kerajaan contoh di bawah https://www.facebook.com/empowerncerkulim/

Leave a comment