Jika dulu kerjaya perbidanan ini hanya disertai oleh orang tua-tua di kampung-kampung. Pembelajarannya juga adalah tidak formal dan hanya diwarisi secara turun temurun. Namun, kini tidak lagi ramai golongan muda mula berminat untuk menceburinya.
Ia satu trend yang bagus untuk mempelbagaikan peluang pekerjaan untuk generasi muda masa kini. Bidang terapi spa adalah satu “lubuk” suit sekiranya anda mengetahui tekniknya. Tidak kira sama ada cara anda pasarkan perkhidmatan dengan betul, teknik urutan atau kemahiran perbidanan anda yang baik sudah pasti ia menarik pelanggan untuk terus memilih anda.
Tapi ada lagi tips untuk kembangkan perniagaan terapi spa anda ini.
1.Teknik yang betul
Sebagai seorang terapi spa sudah pasti anda perlu mengetahui teknik yang betul dalam servis yang anda tawarkan kepada pelanggan. Jika pelanggan berpuas hati tidak mustahil mereka akan menjadi pelanggan tetap malah anda mendapat promosi secara percuma pula.

2.Keterampilan
Keterampilan sangat penting, walaupun anda bekerja sendiri sebagai juru terapi spa, namun anda perlu sediakan satu pakaian yang melambangkan pekerjaan anda. Hal ini penting untuk memberi tanggapan pertama pelanggan yang berjumpa dengan anda. Lebih bagus sekiranya anda mempunyai uniform ketika memberi servis. Ia bukan hanya nampak lebih kemas tetapi professional.
3.Pilih produk yang betul
Sebagai seorang juru terapi spa ia tidak lagi dengan bidang kecantikan. Banyak wanita ketika ini mementingkan kecantikan. Jadi untuk menambah pendapatan, anda perlu pilih produk yang betul. Contohnya produk skincare Mary Kay. Sekiranya pelanggan anda berpuas hati tidak mustahil mereka akan mahu mendapatkannya. Nah, di sini secara tidak langsung anda turut boleh menjual dan mendapat komisen darinya.

4.Media sosial
Media sosial adalah platform paling utama untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Anda perlu menyediakan testimoni bergambar untuk menarik perhatian pelanggan. Malah penggunaan ayat-ayat yang jujur dari pelanggan juga dapat menarik pelanggan untuk mencuba perkhidmatan yang anda sediakan.
5.Pilih pelanggan
Kalau mempunyai pilihan, sasarlah pelanggan yang mempunyai lingkungan tempat kerja yang ramai contohnya guru. Pelanggan seperti ini mereka lebih yakin dengan rekomen daripada rakan sekerja.

6.Pilih hotel
Ini adalah satu lagi tips untuk anda yang mahukan sesuatu yang baharu dan menarik. Anda boleh tempah mana-mana hotel untuk pelanggan dan membuat servis spa di sana. Pelanggan akan lebih rasa relax dengan kemudahan dan suasana hotel. Permintaan terhadap mobil spa di hotel juga semakin mendapat permintaan pada masa kini.
Sebagai seorang juru terapi spa yang professional anda juga perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan supaya lebih yakin berdepan dengan pelanggan.

Leave a comment