Bantuan Rumah Zakat Kedah Dibuka

1–2 minutes

Berita gembira untuk orang Kedah yang tengah merancang mahu ada rumah sendiri. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kini telah membuka peluang untuk semua anak Kedah yang sudah berkahwin memiliki kediaman sendiri.

Yang bestnya dibawah skim LZNK ini, pemohon hanya perlu buat pembayaran separuh harga rumah iaitu RM22,500 selebihnya ditanggung lembaga Zakat. Malah anda hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM280 sebulan.

Rumah dibawah skim LZNK ini juga mempunyai kemudahan bilik tidur, dapur, ruang tamu dan bilik air.

Sekiranya anda rakyat Negeri Kedah dan berpendapatan RM1,200-RM1,500 jangan lepaskan peluang untuk mohon di https://www.zakatkedah.com.my/ .

Permohonan boleh dibuat bermula 3 Mei 2021 hingga 3 Julai 2021.

Leave a comment