Jenuh memikir dekat mana nak beli perabot? Pergi kedai susah pula nak buat pilihan, kadang-kadang tak berkenan pula.
Nak servey dari satu kedai perabot ke kedai perabot yang lain macam buang masa, tambah-tambah di bulan Ramadan yang mulia ini. Ada cara lain ke nak beli perabot dan puas hati?
Sebenarnya banyak platform atau channel yang anda boleh sekarang ini secara online. Tak perlu susah-susah nak servey di kedai. Contohnya kita boleh beli perabot di Lazada. Banyak perabot cantik-cantik dan harga pun berpatutan.
Tips! Nak lebih jimat masa anda boleh semak jenis perabot, jenama, harga, warna, supplier dan macam-macam lagi di Lazada. Anda boleh chat direct kepada penjual/seller. Dapatkan maklumat penuh sekiranya anda ingin berkunjung terus ke lokasi seller. Lebih mudah dan jimat masa bukan?
Jika anda pilih untuk membeli terus di talian/online langkah paling selamat untuk elakkan rasa frust selepas terima produk adalah dengan baca review pelanggan. Langkah ni selalu Cik Milah buat, tapi mungkin juga kadang-kadang expectation anda dengan pelanggan lain tak sama.
Selain itu, jangan kelam kabut sangat mahu membeli, semak detail tentang item yang anda ingin beli contohnya perabut adalah material plastik, dan sebagainya. Lagi paling penting juga semak saiz item, tidaklah nanti viral satu Malaysia perabot yang anda terima layak untuk mainan barbie doll anak sahaja. Perkara ini sering terjadi dikalangan pembeli online.
Jika boleh, anda ukur saiz yang diberikan supaya anda boleh membuat anggaran tepat untuk item tersebut. Lagi tips best! Belilah pada masa Lazada adakan sale banyak diskaun menarik boleh anda dapat, malah berbaloi-baloi. Kebiasaannya Lazada akan membuat diskaun setiap satu bulan pada tarikh-tarikh menarik contoh Sale Lazada 5.5, pada sambutan hari perayaan, dan hari ulangtahun Lazada sendiri.
Nak selalu update dengan promosi Lazada, install sahaja aplikasi Lazada di telefon bimbit anda, jangan lupa pungut LazCoin setiap hari untuk ditebus nanti. Jom tengok apa tawaran di Lazada untuk hari raya nanti.
Leave a comment