Apa yang best dengan COTTON:ON

1–2 minutes

COTTON : ON adalah jenama dari negara Australia. Jenama ini sesuai kepada sesiapa yang mementingkan keselesaan dalam penggayaan. Jenama ini juga mempunyai rangkaian pakaian untuk wanita, lelaki, kanak-kanak dan bayi.

Materialnya yang diperbuat daripada kapas sudah tentu sesuai untuk orang Asia termasuk Malaysia bercuaca panas.

Dari segi harga, ia adalah berpatutan setanding kualitinya. Pakaian sukan, pakaian kasual semuanya minimalis namun masih nampak sesuai digayakan di mana sahaja.

COTTON : ON juga menawarkan reward kepada ahli, anda boleh mendaftar secara online sahaja dan hanya perlu tunjukkan emel atau nyatakan nombor telefon di kaunter ketika membuat pembayaran.

Jika anda tidak berkesempatan dan sukar mendapatkan di outlet fizikal anda boleh dapatkannya di pelbagai platform e dagang seperti Zalora, malah jika bernasib baik boleh dapat harga diskaun.

Cik Milah suka membeli belah COTTON : ON di ZALORA sebab banyak diskaun. Lebih berbaloi. Selalu Cik Milah borong di COTTON : ON sandal, banyak betul sandal di COTTON : ON yang penting selesa dan menarik.

Leave a comment